Saya lepasan pelajar STPM yang MISKIN. Aku gagal dalam pelajaran. Aku rasa Tuhan Tidak Adil Kepada Aku membuatkan aku Derhaka KepadaNya sehingga aku sanggup Tunjuk jari tengah ke arah kiblat!
Kiriman dari pembaca Kisah Benar
BALASAN AKU TERIMA KERANA CABAR ALLAH..
Saya lepasan pelajar STPM pada tahun 2016 dan sekarang sedang bekerja sebagai Sale Assistant di sebuah kedai. Kami berkeluarga hidup sederhana namum hampir tergolong dalam orang miskin bandar. Saya sebagai anak lelaki pasti ada rasa ingin membantu hidup keluarga saya kelak.
Tahun 2014,di SMK SAINT AUGUSTINE,BETONG saya telah mendapat keputusan cemerlang SPM iaitu 5A 1A- 3B+. Ramai guru bertanya kepada saya bagaimana saya mampu memperolehi skor yang di luar jangkaan mereka. Semua ini hasil tawakal saya kepada Allah. Sepanjang peperiksaan biasa saya tidak pernah memperolehi skor A lebih daripada 1 manakala selebihnya adalah B,C & D.
Saya tekad untuk mengambil peluang memasuki IPG Batu Lintang kerana menepati kelayakan saya. Namun 3 kali berturut-turut saya gagal ujian UKCG hingga tahun 2017 ini.
Terdetik hati bertanya kepada Allah kenapa Dia tak izinkan. Pada ketika itu, March 2017, tempat kerja ayah saya akan ditutup. Perkara ini membimbangkan saya kerana dia sukar untuk memperolehi kerja lain atas faktor umur dia kini 54.
Selain itu juga, keputusan STPM saya yang telah dianalisis guru adalah 3.00 pointer namun apabila keputusan sebenar keluar adalah 2.9 pointer yang saya perolehi. Mungkin kerana sebelum ini saya beritahu ibu saya bahawa pointer saya adalah selamat berbanding dengan rakan sekelas saya lain dengan nada keras maka Allah balas melalui ini.
Kerana rakan saya yang dimaksudkan itu memiliki pointer 2.9 mengikut analisis guru manakala 3.00 pada keputusan yang sebenar.
Mungkin ini Karma. Tambah lagi, sejak keputusan SPM saya cemerlang, saya mulai jarang Solat hingga hujung bulan March 2017.
Di tandas tempat saya bekerja, sunyi dan tiada orang disekeliling. Saya mulai menangis seperti bayi sambil mengutuk kekuasaan Allah. Disinilah mulailah kederhakaan saya yang lebih kelihatan. Bukan dari tingkah laku namun daripada ucapan lidah saya sendiri.
Saya bercakap kasar dan inilah ayat yang saya pernah ucap ketika itu. Sumpah demi Allah, beginilah situasi yang saya alami.
“Allah kenapa aku yang kau uji sebegini? Si*l, kenapa aku! Tak cukupkah keluarga aku menderita kemiskinan hidup mahupun mereka tetap berdoa kepada kau Allah? Bahkan kau tidak izinkan aku untuk berjaya dalam hidup untuk mencapai cita cita aku! aku tahu kau wujud, aku tahu kau dengar! S*al, s*al.”
Tak cukup dengan itu, jari hantu saya tujukan kearah kiblat sambil menangis teresak-esak. Dan saya berkata lagi
“Ya Allah, engkau boleh sakiti aku tetapi jangan keluarga aku! Jangan cederakan ibu bapa aku!”
Kemudian saya basuh muka dan kembali bekerja.
Pada hari peristiwa itu juga, setelah kedai tutup, ayah saya datang untuk menjemput saya pulang dengan menunggang motorsikal. Semasa perjalanan pulang, saya bertanya khabar ayah saya.
Bshh!!
Kereta dihadapan berhenti mengejut menyebabkan kami terlanggar kereta dari belakang. Telefon saya jauh terbang semasa pelanggaran itu. Kami pun rebah. Saat saya toleh kebelakang ada sebuah kereta Hilux meluru laju kearah kami.
Saya dalam keadaan panik dan takut bergegas berdiri dan mengangkat tangan dengan harapan hilux itu akan perlahan. Syukur dia faham. Ayah saya tidak dapat berdiri, kaki dia terhimpit oleh motorsikal dan dia tidak bersuara.
Saya mulai menghulurkan bantuan. Masha Allah betapa takutnya saya melihat dia mengeletar, sakit kerana tangannya terseliuh dan tidak bersuara.
Sebelum tidur, saya teringat semula kata cabaran saya kepada Allah. Bagi saya, Allah swt menyindir saya. Ya, jelas itu bukti Allah menyindir. Seribu kata cabaran saya dibisukan oleh Allah tanpa perlu Dia mengeluarkan suaraNya.
Diam sejenak saya mulai insaf dan menangis di dalam bilik.
Saya berkata “jangan cederakan ibu bapa aku!” Namun lihatlah di mata sendiri, Allah dapat mencederakan mereka. Di depan mata saya, Allah izinkan ayah saya dicederakan.
Siapakah saya sehingga berhak untuk mencabarNya? Meludah kata kesat kepadaNya?
Mengharapkan bebanan hidup dikurangkan padahal tidak solat. Hakikatnya solatlah meringankan bebanan hidup.
Pernah janji untuk berpuasa selama seminggu setelah memperolehi keputusn cemerlang SPM namun menangguh hutang hingga tahun ini.
Tidak berasa kotor hina berbicara mengenai Allah dalam tandas dipenuhi syaitan. Bahkan berani bongkak memberi middle finger ke arah Kiblat.
Saya berasa malu untuk menghadapNya di akhirat. Saya takut. Dari dulu saya ingin berkongsi cerita ini kepada rakan namun tidak ketersampaian. Oleh itu, saya mengharap melalui perkongsian artikel ini dapat memberi manfaat kepada saudara seagama muslim.
Kini Alhamdulilah, saya kembali solat dan sentiasa berdoa
“Ya Allah, engkau boleh buat diriku menangis dan menderita kini tetapi jangan di akhirat kelak ya Allah.”
Asalamualaikum w.r.t
Sumber : Page Kisah Benar edited by supermario16.com
Anda sekarang membaca artikel PELAJAR GAGAL YANG TERLAMPAU..