10 Makanan Untuk Mengatasi Dan Mencegah Sifat Mudah Lupa

10 Makanan Untuk Mengatasi Dan Mencegah Sifat Mudah Lupa - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 10 Makanan Untuk Mengatasi Dan Mencegah Sifat Mudah Lupa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Menjadi seorang yang mudah lupa adalah suatu yang sangat menyedihkan. Apatah lagi apabila dimarahi dengan orang apabila kita benar-benar lupa akan perkara tersebut.

Mungkin cara pemakanan anda sekarang adalah salah. Mulakan dengan cara makan yang baru yang boleh menguatkan daya ingatan anda. Di sini ada senarai makanan yang anda boleh pilih bagi menguatkan ingatan anda.

1. Salmon

Ikan salmon merupakan sumber terbaik untuk Omega-3- DHA dan EPA. Ia merupakan sumber penting bagi pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak. Kajian juga menunjukkan orang yang mengambil asid lemak mempunyai daya ingatan yang lebih tajam. Menurut pakar pemakanan, walaupun ikan tuna mempunyai Omega-3 namun salmon mengandungi lebih banyak Omega-3.

2. Telur

Telur mengandungi sumber protein penting dan bahagian kuning telur juga mengandungi kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingatan.

3. Mentega Kacang

Kacang tanah dan mentega kacang merupakan salah satu sumber vitamin E. Vitamin ini merupakan antioksidan yang dapat melindungi membran sel-sel saraf. Jika diambil bersama Thiamin, Vitamin E dapat membantu otak dan sistem saraf dalam penggunaan glukosa untuk keperluan tenaga.

4. Gandum Penuh

Otak anda memerlukan penyediaan glukosa dari tubuh secara berterusan. Gandum tulen mempunyai keupayaan untuk menyokong keperluan tersebut. Serat yang terkandung dalam gandum penuh dapat membantu mengatur pelepasan glukosa dalam tubuh. Gandum juga mengandungi vitamin B yang berfungsi memelihara kesihatan sistem saraf.

5. Oat

Oat kaya dengan nutrisi penting bagi otak. Oat dapat meneydiakan tenaga atau bahan bakar untuk otak yang sangat diperlukan oleh anak-anak untuk mengawal aktivitinya pada pagi hari. Oat juga kaya dengan kandungan serat dan membantu menjaga keperluan itak anak anda sepangjang pagi. Oat juga mengandungi sumber penting seperti vitamin E, vitamin B, potassium dan zinc yang membantu membuatkan tubuh dan otak berfungsi pada kapasiti penuh.

6. Strawberi

Buah beri mengandungi kadar tinggi antioksidan khususnya vitamin C yang membantu untuk mencegah kanser. Semakin kuat warna buah beri itu, semakin banyak nutrisi yang terkandung dalam buah tersebut. Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan estrak blueberi dan strawberi dapat membantu meningkatkan daya ingatan. Biji dari buah beri juga kaya dengan asid lemak Omega-3.

7. Kekacang

Kacang adalah makanan yang istimewa kerana makanan ini mengandungi tenaga yang berasal dari protein serta karbohidrat. Selain itu, kacang juga kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Kacang juga makanan yang baik untuk otak kerana ia dapat mempertahankan energi dan kemampuan berfikir anak-anak pada petang hari jika dimakan pada waktu pagi. Kajian menunjukkan, kacang merah dan kacang pinto mengadungi lebih banyak omega 3 khusunya ALA jenis omega 3 yang penting untuk pertumbuhan dan fungsi otak.

8. Sayuran

Tomato, kentang merah, labu, karot, bayam adalah sayuran yang kaya nutrisi dan sumber antioksidan yang membantu menguatkan sel-sel otak untuk lebih kuat dan sihat.

9. Susu dan Yogurt

Produk susu mengandungi protein dan vitamin B yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim. Susu juga boleh mengenyangkan perut kerana kandungan protein dan karbohidrat sekali gus menjadi sumber tenaga buat otak anda.

10. Daging Lembu Tanpa Lemak

Zat besi ialah sejenis mineral keperluan yang membantu anak-anak anda tetap bertenaga dan fokus di sekolah. Daging lembu tanpa lemak adalah salah satu sumber makanan yang mengandungi banyak zat besi. Dengan hanya mengambil 28g daging sehari, tubuh anda akan menyerap zat besi yang diperlukan. Daging sapi juga mengandungi zat besi yang dapat membantu memelihara daya ingatan.

Dengan sajian-sajian yang mampu menguatkan daya ingatan, seharusnya anda boleh ubah pola pemakanan anda supaya ingatan anda boleh jadi kuat dan tajam. Selamat mencuba!

Sumber: Herinspirasi.com

The post 10 Makanan Untuk Mengatasi Dan Mencegah Sifat Mudah Lupa appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel 10 Makanan Untuk Mengatasi Dan Mencegah Sifat Mudah Lupa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 10 Makanan Untuk Mengatasi Dan Mencegah Sifat Mudah Lupa

Postingan terkait: