Adegan panas selepas perlawanan membabitkan Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor dalam pertarungan seni bela diri campuran, Ultimate Fighting Championship (UFC 229) membuatkan presidennya, Dana White berang.
White meluahkan kekesalan di atas tindakan Khabib melompat keluar dari gelanggang dan meluru ke arah kem McGregor selepas memenangi pertarungan Lightweight di Las Vegas.
White berkata, tindakan itu menyebabkan Khabib dan kemnya berdepan masalah besar, yang mana petinju kelahiran Dagestan itu mungkin didenda atau digantung selain berkemungkinan dilucutkan gelaran Lightweight yang disandangnya.
“Kita menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Olahraga Nevada dan menentukannya (hukuman) dari situ. Yang pasti, mereka (semua yang terlibat) kini dalam masalah besar.
“Tindakan itu sangat memalukan. Apa yang mereka lakukan tidak ubah seperti pergaduhan jalanan dan itu bukannya sukan,” katanya.
Oleh sebab itu, wang AS$2 juta (RM8.296 juta) yang sepatutnya dimenangi Khabib dibekukan sementara dan pada masa sama White turut memuji tindakan anak emasnya, McGregor yang enggan meneruskan laporan polis kepada Khabib dan rakan-rakannya.
Susulan itu, Khabib tampil membuka mulut dan menjelaskan punca beliau bertindak sedemikian selepas perlawanan itu.
“Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf kerana tindakan tersebut. Saya tahu ini bukan sisi-sisi terbaik saya kerana saya hanya manusia biasa.
“Sejujurnya, saya tidak faham kenapa ramai mempersoalkan tindakan saya keluar dari gelanggang dan bertindak sedemikian sedangkan semua tahu bahawa McGregor bersikap lebih keterlaluan apabila menghina agama, negara dan bapa saya.
“McGregor juga bersikap biadap apabila menyerang bas yang saya naiki di Brooklyn dan hampir membunuh beberapa orang. Bagaimana dengan tindakan itu? Kenapa orang hanya bercakap mengenai saya terjun dari gelanggang?,” soalnya.
Seperti yang kita jangkakan, aksi panas selepas perlawanan diantara Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor dalam pertarungan Ultimate Fighting Championship (UFC299) telah membuatkan presiden, Dana White naik angin.
White menyatakan bahawa tindakan Khabib dan kemnya berdepan masalah besar. Khabib berkemungkinan akan didenda atau digantung selain berkemungkinan dilucutkan gelaran Lightweight yang disandangnya.
“Kita menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Olahraga Nevada dan menentukannya (hukuman) dari situ. Yang pasti, mereka (semua yang terlibat) kini dalam masalah besar.
“Tindakan itu sangat memalukan. Apa yang mereka lakukan tidak ubah seperti pergaduhan jalanan dan itu bukannya sukan,” katanya.
Buat masa ini juga, wang kujuaraan AS$2 juta atau bersamaan RM8.296 juta turut dibekukan sementara waktu.
Lain pula cerita untuk McGregor. White memuji anak emasnya itu kerana McGregor enggan membuat laporan polis kepada Khabib dan rakan-rakannya.
Saya Tidak Gembira, Amaran Sudah Diberi”, Ayah Khabib Bersuara Mengenai Tindakan ‘Luar Batas’ Anakny
Saya akan menjadi sangat tegas dalam hal ini. Saya beri amaran padanya sebelum ini. Disiplin adalah perkara yang mustahak. Buat apa sahaja yang kamu mahu di dalam Octagon (gelanggang) tetapi diluar, ada orang awam, ada kanak-kanak dan wanita. Di luar Octagon, sepatutnya menjadi kawasan yang aman.”
Itulah kenyataan yang keluar daripada ayah juara ‘tertangguh’, Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov ketika diajukan soalan oleh wartawan mengenai tindakan ‘berani’ Khabib selepas menumbangkan McGregor dalam pusingan keempat UFC 229 semalam.
Dalam kekecohan yang berlaku selepas tamat pertarungan tersebut, Khabib dirakam kamera berada dalam keadaan berang, dipercayai ‘berdendam’ dengan provokasi melampau McGregor dan pasukannya termasuklah penghinaan terhadapa agama, keluarga dan negaranya.
Khabib juga dilihat melompat keluar daripada Octagon dan menyerang jurulatih jujitsu McGregor, Dillon Danis yang juga seorang pertarung Bellator. Tidak cukup itu, polis turut menahan tiga ahli pasukan Khabib yang menyerang McGregor di dalam gelanggang, biarpun media mendakwa McGregor terlebih dahulu menumbuk muka sepupu Khabib. Kesemuanya sudah dibebaskan tanpa sebarang pendakwaan.
Tindakan Khabib biarpun dipuji oleh beberapa pihak, namun mendatangkan kemarahan kepada Presiden UFC sendiri, Dana White apabila arena yang dipenuhi penonton mengejek Khabib dan pasukannya.
Malah, bekas atlet MMA, Michael Bisping berpendapat Khabib dalam masalah yang besar berbanding McGregor. Katanya, Khabib mungkin berhadapan dengan tuduhan jenayah dan paling teruk, visanya juga mungkin boleh ditarik balik.
Biarpun semuanya dimulakan oleh McGregor, sejak April lagi di New York apabila dia dan pasukannya menyerang kenderaan yang dinaiki Khabib dan pertarung-pertarung UFC yang lain. Selaing itu, McGregor juga biadap apabila menawarkan arak kepada Khabib dalam satu sidang media, biarpun mengetahui Khabib seorang Muslim. Tidak cukup dengan itu, McGregor juga bertindak keterlaluan dengan menghina ayahnya serta asal-usul Khabib.
Khabib dalam sidang media selepas perlawanan telahpun membuat permohonan maaf dalam insiden berkenaan dan memberi penjelasan atas tindakan luar biasanya semalam.
”Saya tidak faham kenapa media bercakap mengenai insiden saya melompat keluar daripada gelanggang sahaja. Tetapi diam apabila dia (McGregor) bercakap mengenai agama, negara dan ayah saya.
”Dia datang ke Brooklyn dan menyerang bas kami. Hampir membunuh beberapa orang. Tetapi tiada siapa yang kisah, dan mereka terus bercakap mengenai insiden semalam.
”Saya menghormati lawan. Itu yang diajar oleh ayah saya. Rakan latihan saya di California selama tujuh tahun, mengenali diri saya. Saya mahu katakan sesuatu, media telah mengubah sukan ini. MMA sepatutnya sebuah sukan yang sangat dihormati.
”Ia bukan sebuah sukan untuk orang bercakap mengenai perkara yang bukan-bukan. Saya mahu mengubah sukan ini, saya tidak mahu orang bercakap perkara-perkara yang tidak perlu. Lawan mengherdik ayah lawan satu lagi, menghina agama dan negara.
”Kamu tidak boleh bercakap mengenainya kerana bagi saya, semua perkara tersebut adalah sangat penting.”
The post Khabib Akan Dikenakan Hukuman Berat Oleh UFC appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Khabib Akan Dikenakan Hukuman Berat Oleh UFC