Susulan cubaan penumpang rampas pesawat MAS, lapangan Terbang Tullamarine ditutup

Susulan cubaan penumpang rampas pesawat MAS, lapangan Terbang Tullamarine ditutup - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Susulan cubaan penumpang rampas pesawat MAS, lapangan Terbang Tullamarine ditutup, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


LAPANGAN Terbang Tullamarine di Melbourne, ditutup selepas seorang lelaki dilaporkan cuba merampas pesawat Malaysia Airlines Berhad yang baru berlepas dari lapangan terbang itu, memaksa pesawat berkenaan berpatah balik dan membuat pendaratan cemas.

Pesawat MH128 ke Kuala Lumpur, berlepas dari lapangan terbang itu pada 11.11 malam (waktu tempatan), malam tadi sebelum terpaksa berpatah balik beberapa minit kemudian.

Menurut Daily Mail, seorang penumpang mendakwa mempunyai bahan letupan dan cuba memasuki kokpit namun berjaya dihalang penumpang lain.

Pesawat itu kini berada di landasan dan diperiksa unit pemusnah bom

Pesawat yang hendak berlepas juga tidak dibenarkan manakala pesawat yang hendak mendarat, dilencongkan ke lapangan terbang Avalon berdekatan.

Polis Persekutuan Australia yang mengesahkan kejadian itu, menyatakan sekurang-kurangnya seorang penumpang terbabit.

Lapangan Terbang Melbourne ditutup, pesawat-pesawat dijadualkan semula manakala pesawat yang menuju ke situ diarah mendarat di lapangan terbang lain selepas seorang penumpang Malaysia Airlines (MAS) ‘buat gila’.

Media antarabangsa sudah mulakan melaporkan ‘breaking news’ selepas pihak Australia memgambil pendekatan ‘lockdown’ lapangan terbang Melbourne.

Penumpang warga Sri Lanka itu hendak menceroboh kokpit MH128 yang baru berlepas daripada Melbourne ke Kuala Lumpur.

Lelaki tersebut didakwa cuba masuk ke arah kokpit dan mendakwa membawa bom.

Keadaan cemas tersebut memaksa juruterbang pesawat berpatah balik dan MH128 diasingkan sehingga pasukan keselamatan Australia menaiki pesawat dan menahan lelaki tersebut.

UPDATE :

MAS dalam satu kenyataan memberitahu, pesawat MH128 yang berlepas kira-kira pukul 11.11 malam itu terpaksa berpatah balik sebaik sahaja kapten pesawat berkenaan menerima maklumat daripada anak kapal mengenai seorang penumpang yang cuba memasuki kokpit.

“Demi mengutamakan keselamatan penumpang, penerbangan tersebut berpatah balik dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Melbourne kira-kira pukul 11.41 malam ini.

“Pihak keselamatan dimaklumkan mengenai kejadian untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan yang dikeluarkann di sini malam ini.

Pesawat MH128 itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 5.28 pagi ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, pesawat Malaysia Airlines MH128 yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Melbourne selepas penumpang yang menimbulkan kekecohan mendakwa membawa bom.

“Ia bukan cubaan merampas. Seorang penumpang cuba memasuki kokpit pesawat. Penerbangan MH128 bukan dirampas, hanya penumpang mabuk cuba cetus kekecohan.

“Penumpang itu, warganegara Sri Lanka, mendakwa mempunyai bom. Tetapi ia bukan bom, hanya powerbank,” katanya kepada AFP.-1/6/2017

 


Sekianlah artikel Susulan cubaan penumpang rampas pesawat MAS, lapangan Terbang Tullamarine ditutup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Susulan cubaan penumpang rampas pesawat MAS, lapangan Terbang Tullamarine ditutup

Postingan terkait: