Nurul Izzah Anwar selaku Naib Presiden PKR, menyifatkan berita pembebasan bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah hadiah istimewa menjelang Ramadan.
“Kami telah tidak bersamanya pada banyak Ramadan dan saya anggap inilah hadiah paling manis untuk keluarga dan keluarga besar di Permatang Pauh,” katanya.
Nurul Izzah berkata usaha petisyen permohonan pengampunan untuk Anwar yang dimulakan sejak 2015 akhirnya berjaya.
“Kami sentiasa berjuang bersamanya dalam usaha melakukan reformasi keadilan… ini bukan setakat mengenai bapa saya, tetapi melakukan ini demi keadilan,” kata beliau.
Anwar, 71, menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantunya dan telah dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh.
Sumber: Bernama
The post Nurul Izzah Akui Anwar Dibebaskan Merupakan Hadiah Istimewa Ramadan appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Nurul Izzah Akui Anwar Dibebaskan Merupakan Hadiah Istimewa Ramadan