Berkahwin adalah satu perkara yang sangat sensitif untuk dibincangkan buat sesetengah orang. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Bagaimana anda tahu anda bersedia untuk berkahwin atau tidak?
Jangan risau, dipetik dari laman brides.com, berikut ini ada tanda-tanda yang sebenarnya anda sudah bersedia untuk berkahwin.
Menerima ketidaksempurnaan pasangan
Untuk berkahwin, anda perlu menerima kelemahan pasangan dan ketidaksempurnaannya. Anda sudah bersedia untuk berkahwin jika anda boleh menerima bahawa pasangan kadang-kadang menjadi orang yang sangat menjengkelkan.
Mahu menjadi orang yang lebih baik
Masa-masa tertentu dengan pasangan anda akan membuat anda berubah sikap. Setiap masa yang dihabiskan bersama-sama harus membuat anda menjadi orang yang lebih baik dari masa ke semasa sebelum berkahwin. – aliffchannel.com
Tahu masa depan dengan pasangan akan lebih baik
Anda benar-benar faham bahawa bersama pasangan akan menjadi lebih baik daripada ketika anda bersama orang lain. Walau bagaimanapun, jangan ketinggalan perkara yang paling penting untuk dibincangkan aspek-aspek penting seperti anak-anak dan kewangan selepas perkahwinan.
Saling menyokong
Pasangan yang berkahwin akan saling memberi pujian, mempertahankan hubungan menjadi lebih baik, dan mengelakkan kritikan yang tidak perlu.
Berdebat secara adil
Kebanyakan pasangan tidak tahu cara untuk bergaduh dengan adil. Bertengkar secara adil hanya memerlukan rasa hormat, kerana rasa hormatlah yang akan melahirkan rasa cinta.
Adakah anda bersedia untuk berkahwin?
The post Tanda-Tanda Anda Sudah Bersedia Untuk Berkahwin appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Tanda-Tanda Anda Sudah Bersedia Untuk Berkahwin