Tanda-Tanda Awal Bakal Ditinggal Kekasih

Tanda-Tanda Awal Bakal Ditinggal Kekasih - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tanda-Tanda Awal Bakal Ditinggal Kekasih, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Pernah ditinggalkan kekasih?  Tidak semua percintaan akan berakhir dengan kegembiraan seperti yang diangan-angankan. Bagi sesiapa yang belum lagi merasakannya, angkat tangan tanda syukur tapi bagi yang dah pernah melaluinya, bagaimana? Melukakan hati, bukan? Hingga ada yang serik nak bercinta semula.

Setiap hubungan mesti ada pasang dan surutnya. Berikut tanda-tanda awal yang orang tersayang bakal meninggalkan anda:

Dating

Bila ajak keluar dating, pelbagai alasan yang diberi untuk mengelak dari diri anda. Tak sihat, mak ajak keluar makan, jiran kena culiklah. Pendek kata, 1001 alasan ini diberikan pada anda dan sesetengahnya, alasan memang tak masuk akal langsung. Tak faham-faham lagi?

Bahasa

Masa tengah hangat bercinta dulu bukan main romantik lagi, mulut tak pernah lekang dengan ungkapan sayang, rindu, cinta dan sebagainya. Lepas tu pula membahasakan diri mesti guna perkataan yang manis, manja seperti sayang, baby, honey, darling dan yang seangkatan dengannya. Sekarang ni dah bertukar pula kadang-kadang terdengar dia bahasakan diri “kau aku”. Lagi best tiba-tiba kita dengar dia panggil “woi!”. Angkat kakilah, apa lagi.

Gambar

Gambar anda tidak lagi menjadi salah satu barang berharga dalam dompetnya atau di meja bilik tidurnya. Lagi teruk bila gambar yang pernah anda beri pada dia tu, anda jumpa di bawah katil, dalam bonet kereta atau tengah lelong kat mudah.my.. haha. Pendek kata merata-rata la dia letak.

Pendiam

Bila keluar dating, dia mula buat muka. Jadi pendiam tak banyak cakap, tidak ceria dan tak bersemangat. Lebih banyak menggunakan isyarat angguk dan geleng saja bila ditanya. Kerjanya kejap-kejap asyik tengok jam di tangan. Selalu nampak cemas dan gelisah. Lepas tu dating tak suka di tempat yang tersorok dan jarang menjadi tumpuan. haaa… ada makna tu..

Handphone

Tangannya tetap tak lekang dengan handphone, kejap-kejap tup tap tup tap layan sms. Lepas tu pulak kalau kita nak tengok handphone dia, macam-macam alasan dia kasi. Baginya handphone tu dah macam nyawanya sendiri. Bergaduh bagai nak rak pun tak apa, janji handphone diat tak jatuh ke tangan anda.

Karakter

Waktu yang paling best baginya ialah bila tak keluar dating dengan anda. Waktu tu personalitinya terus berubah daripada seorang yang pendiam kepada seorang yang periang. Baginya hari-hari tanpa anda di sisi adalah heaven yang teramat sangat.

Topik

Topik yang selalu dielakkan bila bersembang dengan anda ialah topik bertunang, kahwin dan cerita tentang perancangan bersama di masa hadapan. Pantang buka cerita itu saja, terus saja dia tukar topik lain. Tidak pun, dia buat-buat busy, baca paper.. tengok TV.. tengok kucing.. tengok langit..

Keburukkan diri

Tiba-tiba je akhir-akhir ni dia selalu sangat bercerita tentang keburukan dirinya pada anda. Cerita tu pula semuanya cerita baru yang anda langsung tak pernah dengar sebelum ni. Lepas tu ada penambahan skrip kononnya dia ada penyakit yang tak boleh dirawat dan sebagainya. Ayat wajib yang dia kan kata ialah… “Awak carilah orang lain sebagai pengganti saya, kerana saya tak nak menghampakan awak di kemudian hari”.

Komunikasi

Kalau dulu boleh bergayut di telefon sampai sejam lamanya tapi kini dan lain. Baru bercakap lima saat, dia dah mula buat alasan untuk hentikan perbualan. macam-macam alasan dia beri, jiran sebelah rumah datanglah.. adik menangis mintak susulah.. nak kena beri makan kucinglah.. kena angkat kain di jemuranlah.. pendek kata ada je idea dia. Hmmmm.. jadi, apa cer ni?

Cerita kosong

Suka cerita kosong je tak bercerita tentang kelebihan dan kehebatan teman-teman lelakinya yang lain. Sebenarnya kalau setakat apa, tapi ada kalanya dia sengaja buat perbandingan dengan anda, hinggakan ada ketikanya anda berasa begitu kerdil dan langsung tidak dihargai.

P/s: Mungkin ada yang betul, mungkin tidak, bergantung kepada situasi dan keadaan pasangan anda. Ini hanyalah tanda-tanda yang pernah dilalui berdasarkan pengalaman ramai orang..

The post Tanda-Tanda Awal Bakal Ditinggal Kekasih appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel Tanda-Tanda Awal Bakal Ditinggal Kekasih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tanda-Tanda Awal Bakal Ditinggal Kekasih

Postingan terkait: