Bayi 17 Bulan Ditemui Sedang Menghisap Susu Ibunya Yg Telah Meninggal Dunia.

Bayi 17 Bulan Ditemui Sedang Menghisap Susu Ibunya Yg Telah Meninggal Dunia. - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bayi 17 Bulan Ditemui Sedang Menghisap Susu Ibunya Yg Telah Meninggal Dunia., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Bayi 17 Bulan Ditemui Sedang Menghisap Susu Ibunya Yg Telah Meninggal Dunia.

Tragis! Bayi 17 bulan ditemui sedang menghisap susu ibunya yang telah meninggal dunia

Dalam kejadian di daerah Damoh, Madhya Pradesh, India, itu, seorang lelaki telah menghubungi polis apabila menemui mayat seorang wanita berhampiran landasan kereta api.

Apabila polis tiba mereka melihat ramai orang berkerumun dekat mayat wanita itu dan seorang bayi sedang menangis.

Saksi, Monu Balmiki, 27, berkata: “Kami melihat seorang wanita terbaring dekat landasan kereta api dan menghubungi polis.

“Tetapi bila kami mendekati mayat, kami melihat seorang bayi sedang menangis sambil menghisap susu dari badan mayat itu. Apa yang berlaku menyebabkan kami menitiskan air mata,” katanya.

Seorang pekerja di landasan kereta api, Nand Ram berkata: “Anak kecil itu menangis apabila ibunya tidak menghiraukannya, dia kemudian mula memegang dan minum susu badan ibunya.

“Kami terkejut melihatnya, ia sangat menyedihkan. Wanita itu mati terbaring manakala anaknya terlentok sambil menangis di sebelahnya.

Ini adalah sesuatu yang kami tidak pernah lihat sebelum ini. Ia menyentuh perasaan.

Balmiki menambah, mayat telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kematian.

Katanya: “Kami mengesyaki dia terbabit kemalangan berdasarkan darah yang keluar dari hidung dan telinganya.

“Kami cuba mencari alamat rumah wanita itu dan berusaha mendapatkan beberapa maklumat supaya keluarganya boleh dimaklumkan.

“Bayi itu dibawa ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan dan Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak tempatan juga telah dimaklumkan.

Seorang jurucakap hospital memberitahu: “Kanak-kanak itu dibawa ke sini sekitar jam 10 pagi.

“Kami telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atasnya dan dia mengalami selesema tetapi telah diberikan ubat.

“Dia tidak mempunyai sebarang komplikasi lain dan kami akan pastikan dia dijaga rapi.

Perbincangan sedang dibuat untuk bayi itu dihantar ke rumah anak yatim sehingga keluarganya dikesan.

Sumber: Mstar


Sekianlah artikel Bayi 17 Bulan Ditemui Sedang Menghisap Susu Ibunya Yg Telah Meninggal Dunia. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bayi 17 Bulan Ditemui Sedang Menghisap Susu Ibunya Yg Telah Meninggal Dunia.

Postingan terkait: