Aiman Tino yang kini berumur 18 tahun merupakan penyanyi baru yang sedang meningkat naik.
Setelah popular, dia mengakui hampir setiap minit menerima mesej daripada peminat di laman sosial Instagram, terutamanya di kalangan gadis.
Kerana terlalu banyak mesej, Aiman memberitahu beliau cuba melayan peminatnya sedaya mungkin.
Ada juga di kalangan pengikut beliau yang meminta nombor telefon peribadinya.
Ditanya apakah dirinya turut menerima mesej berbaur lamaran daripada peminat, Aiman memintas dengan menyatakan belum masanya beliau memikirkan soal berkenaan.
Ini komen Aiman Tino:
MESEJ MELAMPAU
“Kalau mereka bertanyakan soalan yang dilihat ‘berlebihan’, memang saya takkan membalasnya, malah saya abaikan saja mesej sebegitu.
“Namun, jika ada mesej patut saya balas, termasuk yang bertanyakan mengenai perkembangan atau aktiviti seni, saya akan berbuat demikian,”
SOAL CINTA, GADIS ‘MELAMAR’
“Jauh lagi perjalanan saya sebelum memikirkan untuk bercinta atau berkahwin. Jadi, saya memang tidak pernah terfikir atau terlalu mengambil pusing soalan sebegitu,”
TENTANG AJL31
“Pada usia semuda ini, masih jauh lagi perjalanan saya. Saya anggap diri cukup bertuah dapat sama-sama bersaing di pentas AJL31 ini. Saya juga berharap bakat baharu seperti saya akan terus mewarnai persada seni, termasuk di AJL,”
Semoga Aiman sentiasa maju jaya.
Share to:
0
Anda sekarang membaca artikel Aiman Tino Terima Mesej Peribadi Melampau Dari Gadis-Gadis