Selalunya apabila kita ikhlas dalam membuat kebaikan, kita pasti tidak akan mengharapkan sebarang balasan. Namun, seorang pekerja bas berasa terkejut dengan ganjaran yang diterima setelah dia menolong seorang penumpang kelmarin.
Menurut Coconuts, seorang lelaki dari Thailand tertinggal bagasinya ketika menaiki bas dari persimpangan Bangna ke Big C, Puchao Saming Phrai. Lelaki yang juga seorang doktor itu dikatakan menuju ke destinasi tersebut untuk mendepositkan sejumlah wang tunai yang diisi di dalam beg berkenaan.
Gambar hiasan
Lelaki tersebut menetap di Chonburi kira-kira dua jam dari Bangkok dan pada hari kejadian dia di dalam proses untuk pindah ke rumah baru berdekatan Bangna Hospital di Samut Parakarn yang terletak di pinggiran bandar.
Sebelum menaiki bas, dia telah mengeluarkan wang tunai sebanyak THB1,120,000 juta (RM130,000) di bank berdekatan rumah lamanya dan menaiki bas tersebut untuk mendepositkan wang berkenaan ke bank lain yang lebih dekat dengan rumah barunya.
Gambar hiasan
Namun, dia hanya menyedari bahawa bagasinya tertinggal di dalam bas tersebut selepas turun dari pengangkutan itu di destinasi yang ditujunya.
Panik dengan situasi itu, lelaki tersebut kemudian bergegas ke terminal bas berkenaan untuk mencari semula bas itu demi mendapatkan semula bagasinya. Setibanya di sana, dia telah diarahkan ke balai polis untuk membuat tindakan selanjutnya.
Mujurlah, beg tersebut telah dijumpai oleh seorang pekerja yang jujur dan amanah. Sumon Matidul merupakan seorang konduktor bagi bas nombor 511 yang mengelilingi jalan di pinggir bandar Puchao Saming Phrai.
Sumber : Thaivisa.com
Semasa sedang bertugas, dia melihat sebuah beg yang tidak diambil oleh sesiapa sebelum mendekati beg tersebut dan membuka untuk melihat isinya.
Sumon bagaimanapun tekejut apabila melihat wang tunai sebanyak 1juta Baht berada di dalamnya. Mujurlah wanita itu tidak buta mata selepas melihat wang sebanyak itu dan tetap bersikap amanah dengan terus membawa beg tersebut ke Balai Polis Samut Prakarn.
Beberapa jam selepas insiden itu, lelaki tersebut dihubungi pihak polis dan dia kemudian segera ke balai untuk menuntut kembali begnya.
Sumber : Dailynews.co.th
Selepas mendapat begnya semula, doktor itu telah menghadiahkan dua bungkusan gula-gula pada pekerja tersebut sebagai tanda terima kasih dan ganjaran atas kejujurannya. Tu je?
Sesetengah netizen mengecam tindakan doktor itu kerana bersikap kedekut dan tidak memberi ganjaran yang berpatutan pada konduktor bas tersebut. Ada juga yang mengatakan mungkin pekerja bas tersebut yang enggan menerima sebarang ganjaran dari lelaki itu.
Apa-apa pun nasib baik lah pekerja tu amanah, kalau tak memang bye bye jelah beg tu!
Sumber : kamiviral
Anda sekarang membaca artikel KONDUKTOR BAS PULANGKAN BEG BERISI RM130,000 KEPADA PEMILIK, BALASAN YANG DITERIMA OLEH KONDUKTOR BAS YANG JUJUR DAN AMANAH ITU AMAT MENYEDIHKAN !! ITU JE?