Boleh ke langgar peragut?

Boleh ke langgar peragut? - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Boleh ke langgar peragut?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Boleh ke langgar peragut?|Kes ragut sering terjadi menyebabkan mangsa nekad untuk bangkit mempertahankan diri.

Ekoran itu, para mangsa juga tidak teragak-agak menggunakan metode yang ada dalam usaha untuk ‘mengajar’ peragut tersebut.

Dalam satu kes pada 2015, seorang wanita bertindak nekad mengejar dan melanggar motosikal seorang lelaki yang meragut beg tangannya di Ipoh.

Manakala, seorang lagi wanita berdepan dengan detik cemas apabila dua lelaki bertindak memecahkan cermin kereta dan meragut beg tangannya di Kamunting.

Mangsa bagaimanapun bertindak berani mengejar dua lelaki itu dan merempuh mereka hingga jatuh.

Kes terbaru membabitkan peragut dilanggar hingga menyebabkan kematian berlaku apabila sebuah penuntut universiti tempatan nekad melanggar seorang peragut selepas suspek melarikan beg miliknya di sebuah restoran.

Mangsa yang kemudiannya bertindak melanggar motosikal yang dinaiki suspek menyebabkan dia terpelanting di atas jalan, suspek disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Justeru, netizen kebanyakannya menyokong tindakan mangsa yang berusaha mempertahankan diri mereka di saat genting itu.

Pengguna Facebook, Mohd Isyamuddin Mohd SHariff mendakwa, peragut tersebut memang wajar dilanggar supaya dapat dijadikan pengajaran pada semua.

“Memang patut dilanggar, takkan lah hendak biar peragut melambai mangsa? tapi masalah sekarang, mangsa pula yang kena masuk lokap,”tulisnya.

Turut menyokongnya, pengguna Facebook, Nadraja Gopala Krishan.

“Terbaik saudara, jika perkara dibiarkan boleh menyebabkan sayap penjenayah berkembang pada masa akan datang,”tulisnya pula.

Khairul Azuan pula berasakan netizen wajar berterima kasih dengan tindakan nekad para mangsa ini.

“Netizen sepatutnya berterima kasih pada pelajar itu, kalau tidak berapa ramai lagi yang akan jadi mangsa peragut itu,”tulisnya.

Sementara itu, ada juga yang menjelaskan tindakan pihak polis menahan pelajar tersebut untuk siasatan lanjut.

“Sabar saudara/saudari, yang masuk lokap tidak semestinya salah, banyak juga faktor lain seperti sebab-sebab keselamatan, dokumentasi, dan paling penting siasatan terperinci supaya tiada masalah perundangan timbul,” kata pengguna Facebook, Kassim Taip.

Namun ada juga netizen yang mempersoalkan kewajaran melanggar peragut tersebut apabila memikirkan kos membaik pulih kereta.

“’Side mirror’, RM400, bumper dan cat dalam RM800, lampu RM750 dan ketuk ‘fender’ RM500, ‘hood’ kemek pula, RM400.

“Harap-harap apa dalam beg itu berbaloi,” tulis pengguna Facebook, Has Has.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan – eberita


Sekianlah artikel Boleh ke langgar peragut? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Boleh ke langgar peragut?

Postingan terkait: