LELAKI ISLAM BANTU KERETA WANITA YAHUDI YANG ROSAK. INI “BALASAN” YG BUAT LELAKI TU TERKEDU

LELAKI ISLAM BANTU KERETA WANITA YAHUDI YANG ROSAK. INI “BALASAN” YG BUAT LELAKI TU TERKEDU - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LELAKI ISLAM BANTU KERETA WANITA YAHUDI YANG ROSAK. INI “BALASAN” YG BUAT LELAKI TU TERKEDU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Ini merupakan sebuah kisah akhlak seorang muslim yang sangat baik untuk dicontohi. Tulisan Facebook oleh seorang wanita yang menceritakan bagaimana dua lelaki Muslim datang untuk membantunya apabila keretanya rosak telah menjadi viral di laman sosial.
KERETA TIBA2 ROSAK DI TENGAH JALAN
Susan Frankel, seorang guru dari San Francisco, sedang menuju ke bandar untuk berjumpa seorang rakannya ketika keretanya tiba-tiba tidak hidup di tengah-tengah jalan. Ketika dia sedang menunggu bantuan AAA tiba, seorang lelaki muda mengetuk tingkapnya dan berkata, “Adakah kamu memerlukan bantuan?”.

Pada mulanya dia berkata tidak perlu kerana perkhidmatan pembaikian sedang dalam perjalanan tetapi dia tetap ingin membantu, kemudian wanita itu menjelaskan apa yang belaku dan lelaki muslim itu berlari ke stesen minyak untuk mendapatkan sedikit petrol.
LELAKI ISLAM BERLARI BELI PETROL
Dia menulis, “Beberapa minit kemudian, dia datang berlari kembali dengan gelen petrol kecil di tangannya. Saya menurunkan tingkap ke bawah kira-kira separuh. Dia berjalan di sekeliling kereta saya, dan menuangkan satu gelen petrol ke dalam (tangki) kereta saya.”

Ia tidak cukup jadi dia pergi semula ke stesen minyak.

“Selepas sepuluh minit atau lebih, dia datang kembali berlari. Dia meletakkan satu lagi gelen petrol ke dalam (tangki) kereta saya dan bertanya sama ada saya akan membawanya kembali ke stesen minyak. Rupa-rupanya dia dan rakannya berhenti kerana saya, melihat saya berhenti, dan rakannya sedang menunggu di stesen minyak ketika dia membantu saya, orang asing.”
BUKAN PETROL TETAPI BATERI
Ternyata bukan kerana kereta itu kekurangan petrol tetapi ada masalah dengan bateri. Susan menerangkan apa yang berlaku seterusnya:

“Pada ketika itu, dia memanggil rakannya di stesen minyak yang menuju ke jalan untuk membantu kami. Seorang lagi lelaki yang tinggal berdekatan turut datang membantu. Ketiga-tiga lelaki berusia 20-an itu menolak kereta saya ke depan sampai ke stesen minyak, dan itu bukan tugas yang mudah. Mereka benar-benar berusaha keras.

“Di stesen minyak, masih lagi tercungap-cungap, lelaki pertama yang berhenti untuk membantu mencari kabel pelompat.”
BALASAN BUAT LELAKI ISLAM TERSEBUT
Sebagai balasan, Susan menawarkan dua orang lelaki yang baik hati itu wang $40 untuk belanja makan malam mereka tetapi mereka menolak dan berkata:

“Tidak, kami Muslim, dan tugas kami untuk membantu.”

IlmFeed sempat menghubungi Susan dan bertanya bagaimana perasaannya terhadap tindakan kedua-dua lelaki itu yang membantunya.

Dia berkata, “Majoriti umat Islam adalah orang yang baik. Agama Kristian, Yahudi dan Islam banyak persamaan daripada perbezaan. Kita perlu mempersoalkan dan berfikir secara kritikal mengenai imej dan retorik yang media lemparkan kepada kita. “

Susan memberitahu IlmFeed bahawa dia benar-benar terkejut dengan tindakan lelaki muda itu:

“Saya benar-benar terkejut dengan kemurahan hati lelaki muda ini. Ia begitu baik dan tidak dijangka. Kemudian apabila mendengar alasan mereka membantu – ia benar-benar indah. Saya mahu berkongsinya.”

Boleh baca cerita penuh versi bahasa Inggeris di akaun facebook Susan Frankel di SINI. SEMOGA BERMANFAAT. KONGSIKAN KISAH NI KEPADA ORANG LAIN.

Sumber: Ilmfeed via LAICIKANG


Sekianlah artikel LELAKI ISLAM BANTU KERETA WANITA YAHUDI YANG ROSAK. INI “BALASAN” YG BUAT LELAKI TU TERKEDU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LELAKI ISLAM BANTU KERETA WANITA YAHUDI YANG ROSAK. INI “BALASAN” YG BUAT LELAKI TU TERKEDU

Postingan terkait: