“SAYA akan cuba buat permohonan mendapatkan permit perniagaan, Isnin ini, supaya kami berniaga secara sah,” kata Nur Ain Kadir, 30, peniaga nasi lemak but kereta dekat stesen minyak, di Ampang.
Kisah kegigihan Nur Ain yang berniaga nasi lemak sambil menjaga tiga anaknya termasuk seorang berada dalam kendongan tular di laman sosial sebelum ini.
Ibu lima anak berusia satu hingga 13 tahun itu berkata, sebaik perkara itu tular, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menghalangnya berniaga, pada kira-kira 5 petang semalam.
KERATAN berita awal mengenai usaha Nur Air berniaga nasi lemak untuk tambah pendapatan.
“Saya baru buka but kereta. Orang ramai tak sempat beli pun lagi, tiba-tiba datang penguat kuasa MPAJ minta saya beredar dari kawasan itu.
“Akur dengan arahan itu. Saya pun beredar dan berpusing di kawasan sekitar sehinggalah terjumpa kawasan dekat hospital di Ampang dan berniaga di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, dia mengakui kesalahan dilakukan dan akan cuba membuat permohonan permit perniagaan secepat mungkin.
“Begitupun, saya bersyukur kerana pemilik stesen minyak dekat lokasi saya berniaga minta saya hantar nasi lemak setiap pagi,” katanya.
Sebagai rekod, seorang anak dara pula pernah mendapat perhatian Menteri Besar Selangor suatu ketika dahulu.
Kisah Nur Ain yang berniaga nasi lemak sambil menjaga tiga anaknya termasuk seorang yang berada dalam kendongan di tepi jalan berhampiran sebuah stesen minyak tular di laman sosial.
Rata-rata pengguna laman sosial kagum dengan semangat dan kegigihan wanita berkenaan yang sanggup berpanas bersama anak kecil bagi mencari rezeki demi sesuap nasi.
Menurut ibu kepada lima anak berusia setahun hingga 13 tahun itu, dia perlu mencari wang sendiri untuk melunaskan bayaran pinjaman setiap bulan dan tidak mahu menyusahkan suaminya, Mohd Faizal Tumiran, 36, yang bekerja sebagai pelayan di sebuah hotel di ibu kota.
“Saya tidak mempunyai pekerjaan lain. Dengan hanya cara ini (berniaga nasi lemak) dapat mencari wang bagi menambah pendapatan keluarga serta melunaskan pinjaman bank.
“Saya membuat pinjaman itu untuk berniaga barang kemas dalam talian, tetapi malangnya bisnes terbabit lingkup selepas semua barangan jualan dicuri ketika rumah kami dipecah masuk tidak berapa lama dahulu,” kata peniaga nasi lemak, Nur Ain Kadir, 30.
Rata-rata netizen tak kira kaum menyokong Nur Ain melalui akaun Facebook beliau sejurus insiden ini.
Sumber : FB Ain Dan Faizal & Harian Metro
Anda sekarang membaca artikel Laju Je MPAJ Buat Kerja, Akak Nasi Lemak MRR2 Ampang Dihalau Dari Berniaga. MB Tak Nak Turun Padang MAcam Kes Nasi Lemak Anak Dara Ke?