HANOI Jutawan syarikat pakaian dalam wanita, Michelle Mone berkongsi saat-saat memalukan apabila mendukung seorang lelaki berusia 46 tahun yang disangkakan seorang kanak-kanak.
Kejadian itu terjadi ketika Mone sedang menyampaikan ceramah dalam persidangan usahawan yang dihadiri oleh 3,000 orang di Vietnam.
Portal Dailymail.co.uk melaporkan, secara tiba-tiba, lelaki yang disangkanya kanak-kanak berusia enam tahun itu menaiki pentas dengan membawa sejambak bunga.
Bagi menunjukkan kemesraannya, Mone, wanita kelahiran Scotland yang juga pengasas rangkaian pakaian dalam Ultimo, mendukung kanak-kanak itu dan mengambil bergambar selfie dengannya.
Mone yang digelar Baroness Mone of Mayfair hanya menyedari perkara itu selepas isteri kepada lelaki tersebut yang duduk di barisan depan secara tiba-tiba menjerit: Letak lelaki itu. Saya isteri dia.
Ketika saya mendukung kanak-kanak itu, saya berfikir ada sesuatu yang tidak kena. Giginya nampak kekuningan seperti gigi seorang perokok, kata Mone.
Hartawan terbabit turut mendedahkan isteri kepada lelaki itu telah menemuinya dan mengajukan soalan seakan-akan menyindir sama ada perbuatan mendukung suami orang merupakan tradisi masyarakat Britain.
Mone memuat naik gambar berserta status dalam laman Twitternya : Saya menyangka dia ialah kanak-kanak berusia enam tahun dan mendukungnya.
“Rupa-rupanya dia ialah seorang lelaki dewasa.
Sumber: sembanggagah
Anda sekarang membaca artikel Wanita Ini Malu Besar Dia Ingat Lelaki Yg Dia Dukung Tu Orang BiasaBiasa Rupanya