SUSULAN kontroversi berita penarikan diri peserta Clever Girl, Noor Syakirah Mohd Azam (Kiera), gadis itu telah mengeluarkan kenyataan balas mengenai isu panas yang kian tular di media sosial.
Petang tadi, graduan Universiti Oxford dan wakil dari Pulau Pinang itu telah memuat naik satu posting gambar menerusi akaun Instagram rasmi peserta Clever Girl, @kiera.clevergirlmy yang menjelaskan isu sensasi tersebut.
Kiera malahan telah mengesahkan bahawa dia sendiri telah memadamposting mengenai sebab utama penarikan dirinya di dalam rancangan realiti ini melalui akaun Instagram rasmi miliknya sendiri iaitu @kieracatkingdom.
Selain itu, dia juga menarik semula kenyataannya atas alasan sudah ada perjanjian dengan pihak produksi TV3 agar tidak memberi sebarang komen terhadap keputusan penarikan diri dalam programClever Girl Musim Ke-2 itu.
Isu ini panas apabila Kiera didakwa meluahkan cerita konon pihak produksi ‘berat sebelah’ namun ada netizen menyifatkan dia sendiri menarik diri ekoran pernah gagal untuk menjawab soalan yang telah diberikan?
Bagaimanapun gadis berusia 27 tahun ini berterima kasih kepada semua penyokong dan mengatakan bahawa apa yang terjadi ini telah memberikan inspirasi kepada ramai pelajar untuk terus bersemangat dalam apa jua bidang.
Mungkin selepas ini pihak TV3 sendiri akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kontroversi ini. Kalau hanya sebelah pihak bersuara, kita sendiri tidak tahu siapakah yang betul dan siapa pula salah kan. – MYNEWSHUB.CC
sumber:http://ift.tt/2hmJvjP
Anda sekarang membaca artikel KIERA TARIK BALIK KENYATAAN ISU KELUAR CLEVER GIRL