Neelofa yang kerap mengayakan barangan berjenama mewah meluahkan rasa terkilan dan kecewa terhadap pengguna dan pembeli barangan tiruan.
Neelofa menambah, dia tidak ketinggalan berhadapan isu berkenaan apabila bisnes tudung yang diusahakannya turut menjadi sasaran peniaga tidak bertanggungjawab mengulas mengenai kewujudan sebuah akaun Instagram yang membongkar pengguaan barangan tiruan dalam kalangan artis dan selebriti media sosial.
“Saya turut menghadapi masalah sama apabila tudung keluaran saya menjadi mangsa barangan tiruan. Lebih mengecewakan kerana tudung asli dijual pada harga mampu milik iaitu tidak melebihi RM100,”.
Pendedahan tersebut sedikit sebanyak memberi kesedaran terhadap masyarakat mengenai isu berkenaan.
“Ini adalah masanya untuk kita motivasikan diri jika ingin mendapatkan barangan yang harganya terlalu tinggi. Usaha lebih keras supaya satu hari nanti kita mampu beli barangan yang diidamkan dan bukannya membeli barangan tiruan,” katanya.
Untuk pengetahuan, minggu lalu kecoh apabila satu akaun Instagram @streetwearbustamy mendedahkan beberapa selebriti menggayakan barangan jenama tiruan.
Antara selebriti yang didakwa menggayakan barangan tiruan ialah Fathia Latiff, Ismail Izzani, Emma Maembong, Aiman Tino, Zoey Rahman, Janna Nick, Fara Mandoza, Haqiem Rusli dan Ara Johari.
Sumber: mStar Online
The post ‘Jangan Pakai Barang Mahal Kalau Tak Mampu’ – Neelofa appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel ‘Jangan Pakai Barang Mahal Kalau Tak Mampu’ – Neelofa