Melihat pada persoalan dan kejadian yang berlaku, bagaimana wanita yang lengkap menutup aurat menari dikhayak ramai.
Berdasarkan mazhab Syafie, sudah jelas ianya haram kerana ia terdapat gerakan lemah gemalai dan menggerakkan anggota yang menimbulkan fitnah seperti punggung.
Bagi mazhab lain kita lihat pada hukum wanita menari penuh lemah gemalai mengerakkan seluruh anggotanya termasuklah pinggulnya dihadapan lelaki. Kita melihat dari beberapa sudut:
1. Islam mengharamkan menampakkan susuh tubuh dibahagian dada dan pinggul. Ini jelas dari hadis berikut:
وأمر امرأتك أن تجعل تحته ثوبا لا يصفها
“Perintahkan isterimu (Dihyah al-Kalbi) memakai pakaian disebalik pakaian luar supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya. (Hr Abu Daud, al-Baihaqi dan al-Hakim)
Dan juga hadis Nabi saw:
مرها فلتجعل تحتها غلالة ، إني أخاف أن تصف حجم عظامها
“Suruh isterimu meletakkan pakaian disebalik pakaian luar, kerana aku takut ia menampakkan bentuk tubuhnya.” (Hr Ahmad)
# Menampakkan bentuk tubuh disebalik pakaian pun haram, bagaimana pula menggerakkan bahagian dada dan pinggul dihadapan lelaki?
2. Islam menegah wanita melunakkan suara berdasarkan Firman Allah swt:
فلا تخضعن بالقول
“Janganlah wanita itu melunakkan suaranya.” (32 : al-Ahzab)
Tegahan melunakkan suara adalah untuk mengelakkan dari wanita itu menimbulkan fitnah. Kalau kita bandingkan perempuan yang melunakkan suara dihadapan kita lelaki dan wanita yang menutup aurat melenggokkan dada dan pinggulnya. Mana yang lebih menimbulkan fitnah?
3. Islam telah menegah wanita menghentak kakinya dihadapan orang lelaki
Firman Allah swt:
ولا يضربن بأرجلهن
Imam Qurtubi mentafsir ayat ini “Jangalah wanita itu menhentak kakinya ketika berjalan untuk memperdengarkan bunyi gelang kakinya. Memperdengarkan bunyi perhiasan adalah seperti menunjukkan perhiasan (aurat) malah lebih dahsyat. Tujuannya adalah melindungi.”
Imam az-Zujaj berkata “Mendengar bunyi perhiasan (gelang kaki) lebih menaikkan syahwat dari menunjukkan perhiasan”
# mana lebih yang lebih menaikkan syahwat? Perempuan yang mendengarkan bunyi perhiasannya atau yang melengang lenggok tubuh badannya dihadapan orang lelaki?
Kesimpulan: Jelas sekali wanita menari dengan lemah gemalai dan meliukkan tubuh badannya adalah perkara yang ditegah sama sekali. Menontonnya adalah dilarang berdasarkan Firman Allah:
قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم
“Katakan kepada orang beriman hendaklah menjaga pandangan mereka.” (30 : an-Nur)
Nabi saw bersabda:
والعينان زناهما النظر
“Dan zina dua mata adalah melihat perkara yang diharamkan.”
(Hr Bukhari dan muslim)
Menganjurkan perkara yang haram juga dilarang. Mengupah wanita untuk menari sebegini juga dilarang. Pengarang kitab Mausu’ah Kuwaitiah berkata:
“Tidak ada khilaf dikalangan ulama mengatakan bahawa mengupah terhadap perkara yang haram adalah haram.”
Adapun orang yang menghadirinya adalah hukumnya jelas dari apa yg disebut didalam kitab مغني المحتاج:
“Dan sekiranya kehadiran seseorang itu ke majlis tidak menghilangkan kemungkaran yang ada, diharamkan untuk dia datang kerana ianya seumpama reda dengan kemungkaran.”
Kalau nak buat juga permainan tiktok, simpanlah untuk koleksi peribadi buat diri sendiri dan suamimu.
Sumber: Instagram/@ustazkazim via Islamikinfo.com
The post ‘Main Tiktok Nampak Dada Tu Sis, Nak Tunjuk Dekat Siapa?’ – Ustaz Kazim Elyas appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel ‘Main Tiktok Nampak Dada Tu Sis, Nak Tunjuk Dekat Siapa?’ – Ustaz Kazim Elyas