Dalam kesempitan hidup, ada yang terdesak untuk meneruskan kehiodupan dan ada keluarga yang memilih cara mudah.
Memetik laporan akhbar NST, terdapat sesetengah wanita tempatan di negeri Kelantan mengambil keputusan untuk bekerja sambilan sebagai pelacur.
Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan yang memiliki pendapatan rendah dan sasaran utama mereka adalah pelanggan warga asing dari Bangladesh dan Myanmar.
Menurut Ketua Pendakwa Raya Syarie Negeri Kelantan, Zaini Sulaiman berkata, perbuatan jijik ini menjadi trend yang semakin popular pada masa kini dalam kalangan wanita di sana.
“Berdasarkan rekod kami, banyak kes khalwat melibatkan wanita tempatan, termasuk mereka yang telah berkahwin dengan lelaki tempatan, dan lelaki asing.
“Mereka ditangkap ketika operasi oleh pihak berkuasa agama negeri ketika serbuan di beberapa hotel bajet.
“Golongan ini biasanya akan pergi ke hotel bajet di kawasan terpencil kerana tidak mahu aktiviti mereka dikesan.” katanya.
Namun, lebih mengejutkan apabila mereka lebih tertarik dengan rupa paras warga asing yang kacak macam pelakon Bollywood.
Sumber: NST
The post Ramai Wanita Kelantan Jadi Pelacur Bagi Pekerja Asing Kerana Kesempitan Wang appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Ramai Wanita Kelantan Jadi Pelacur Bagi Pekerja Asing Kerana Kesempitan Wang