Tular ‘Pertandingan Melancap’, Sekolah Di Pulau Pinang Buat Laporan Polis

Tular ‘Pertandingan Melancap’, Sekolah Di Pulau Pinang Buat Laporan Polis - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tular ‘Pertandingan Melancap’, Sekolah Di Pulau Pinang Buat Laporan Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Seorang penolong pengetua sebuah sekolah di Teluk Kumbar telah membuat laporan polis terhadap muatnaik palsu di Facebook yang mendakwa sekolahnya akan menganjurkan ‘pertandingan onani’ pada 19 Ogos ini.

Kenyataan dalam laman itu mendakwa pertandingan itu akan diadakan di sekolah terbabit pada pukul 2 petang.

Pengadu yang mendapat mesej pada malam 30 Julai terus memaklumkannya kepada pengetua sekolah keesokan harinya.

“Mereka juga mendapati acara sama turut dimuat naik di akaun Facebook ‘Ayang Manja’ dan dikongsi di kumpulan WhatsApp serta guru-guru lain di Facebook,” kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt. A. Anbalagan kepada akhbar Malay Mail.

“Siasatan awal menunjukkan pengadu menerima mesej terbabit dan siaran di Facebook itu juga sudah tersebar dalam talian,” tambahnya lagi.

Supt. A. Anbalagan berkata pihak sekolah menafikan kewujudan acara berkenaan yang menjejaskan nama baik sekolah terbabit.

Beliau menambah bahawa post palsu itu telah dikitar semula dari dua tahun lepas.

“Adalah tidak bertanggungjawab untuk menyiarkan kenyataan palsu itu kerana ia menimbulkan spekulasi dan mencemarkan nama baik sekolah serta menimbulkan kebimbangan di kalangan pelajar dan ibu bapa terutamanya disebabkan sensitiviti terhadap isu tersebut.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana tidak menggunakan kemudahan rangkaian,” jelasnya.

Beliau juga memberi amaran kepada orang ramai untuk berhenti menyebarkan mesej palsu itu walaupun sebagai jenaka kerana ia akan menjejaskan nama sekolah.

Sumber: MalayMail

The post Tular ‘Pertandingan Melancap’, Sekolah Di Pulau Pinang Buat Laporan Polis appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel Tular ‘Pertandingan Melancap’, Sekolah Di Pulau Pinang Buat Laporan Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tular ‘Pertandingan Melancap’, Sekolah Di Pulau Pinang Buat Laporan Polis

Postingan terkait: