Pentingnya Masa Sendiri Untuk Isteri Demi Kebaikan

Pentingnya Masa Sendiri Untuk Isteri Demi Kebaikan - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pentingnya Masa Sendiri Untuk Isteri Demi Kebaikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Kebanyakkan wanita yang sudah bergelar isteri akan mengalami situasi sebegini. Sewaktu masih bujang dulu, memang semua yang mereka inginkan akan dapat dilaksana malahan untuk keluar dengan kawan-kawan rapat. sebaik saja sudah mendirikan rumahtangga,suasana bebas seperti yang sebelumnyya sudah tidak dapat dirasai lagi.

Semua wanita sudah pasti pernah melalui fasa dimana mereka berasa kesunyian sebaik saja berkahwin. Apatah lagi jika sudah mempunyai anak. Memang tidak cukup tangan untuk melakukan semua pekerjaan. Apa yang mampu, mereka hanya boleh berkomunikasi dengan rakan hanya di laman sosial Facebook, Instagram ataupun Whatsapp.

Mungkin pada mulanya ia di anggap perkara biasa seperti ‘tunggu anak-anak besar sikit baru boleh keluar jalan-jalan macam dulu lagi’. Namun hakikatnya masa telah berlalu dengan begitu pantas sehingga kita rasa segan untuk menghubungi rakan-rakan yang permnah dianggap sangat rapat suatu ketika dulu.

5 Sebab wanita harus memgekalkan persahabatan walaupun sudah berkahwin

Dapat kurangkan tekanan

Bermula saja kehidupan sebagai seorang ibu dan seorang isteri, selalunya rutin harian mereka hanya kepada pekerjaan rumahtangga dan pada masa yang sama menguruskan anak-anak. bagi wanita yang bekerja pula mereka hanya ada kawan yang sama di pejabat. Masa untuk luangkan masa sendiri sangatlah padat. Kebiasaannya selepas saja punch card terus saja balik kerumah. Maklumlah banyak lagi pekerjaan akan di buat seklepas saja waktu bekerja.

Bagi yang surirumah sepenuh masa sudah pasti masa mereka dihabiskan di dalam rumah dan paling kerap di dapur. Berkawan pun adakalanya dengan jiran-jiran sebelah rumah.

Kadang-kadang oleh kerana perkara yang kecil ini juga boleh membuatkan mereka menjadi semakin tertekan sebagai contoh ‘Hari ini nak masak apa?’. Bila anak-anak merengek, bergaduh sesama sendiri pun menjadi salah satu punca mereka menjadi ‘Moody’. jika ada kawan sebaya teman boleh juga kurangkan sedikit rasa tertekan bila seharian buat kerja rumah. Mana tak, ada kawan tempat berbual dan meluahkan perasaan.

Cenderung mengalami kesihatan mental dan fizikal

Menurut kajian juga, wanita sangat memerlukan sokongan dari segi sosial apabila mereka sedang mengahadapi sebarang masalah. Walaupun dalam pada masa yang sama kita berfikir kita masih boleh untuk bertahan. namun tindakan itu sebenarnya boleh memberikan kesan yang buruk pada kesihatan mental dan juga mental.

Seorang wanita amat memerlukan seseorang untuk meluahkan apa masalah yang mereka sedang hadapi. Mereka lebih selesa jika mempunyai kawan perempuan untuk mereka luahkan apa yang tersirat di hati mereka berbanding meluahkan kepada seorang lelaki.

Bagi wanita yang menghidapi kanser payudara, mereka lebih cenderung untuk berdiam diri dan terus mengasingkan diri mereka dari bergaukl dengan orang sekeliling. Jika perkara sebegitu diteruskan, kemungkinan besar risiko untuk meninggal dunia berbanding wanita-wanita yang banyak dikelilingi oelh kawan rapat.

Tidak semua hal boleh diceritakan kepada si suami

Kebanyakkan masyarakat di luar sana berfikir sebaik saja seorang wanita itu berkahwin, mereka tidak lagi memerklukan seorang kawan. Memadailah hanya ada suami sebagai kawan.

Namun apa yang boleh diperkatakan di sini, suami memang akan sentiasa berada di samping ketika susah ataupun senang. Taat kepada suami adalah sangat diwajibkan dalam agama. Namun ada sesetengah perkara juga wanita tidak boleh ceritakan kepada suami apa lagi apa yang dirahsiakan itu berkaitan dengan hal kewanitaan.

Oleh sebab itulah mereka memerlukan sahabat rapat wanita sebagai tempat mereka meluahkan perasaan yang tidak boleh mereka ceritakan kepada suami mereka sendiri. Mereka lebih selesa berkongsi dengan kaum sejenis.

Masa untuk diri sendiri lebih diperlukan

Lelaki tidak tahu betapa sengsaranya bagi seorang wanita yang langsung tiada masa terluang untuk diri mereka sendiri. Mereka juga sangat menginginkan masa sosial selain dari berkomunikasi dengan anak-anak yang masih tidak faham apa-apa. Oleh sebab itu, sangat penting jika mereka ada masa terluang untuk diri mereka dengan keluar dengan rakan-rakan dan buat apa saja yang mereka suka.

Jika meluangkan masa dan keluar seorang diri mungkin mereka tidak berapa yakin dan bosan. Kalau boleh mereka mahu meluangkan masa yang terluang dengan rakan rapat supaya boleh mengurangkan sedikit rasa tekanan seharian berada di rumah.

Maksud ‘Me Time‘ ini juga merupakan satu terapi bagi para isteri dan ibu untuk menghilangkan rasa letih. Walaupun baru keluar dalam satu jam, sudah pasti mereka akan cepat merindui susana di rumah terutamanya anak-anak. Jika diberikan masa untuk luang masa sendiri, tidak adalah para isteri menjadi garang seperti singa di rumah.

Mengingatkan tentang kenangan diri sendiri

Seandainya mereka diberikan peluang untuk keluar bersama awan-kawan rapat dan berborak serta bergurau senda sesama mereka. Mereka akan merasakan kehidupan mereka sebagai seorang sururumah tidaklah sebosan yang disangkakan. Dengan adanya kawan-kawan disekeliling, ia juga boleh memberikan manfaat yang baik dalam kehidupan. Mereka juga pada masa yang sama akan merasakan diri mereka disayangi oleh ramai orang dan mereka juga dapat rasa betapa istimewanya mereka di mata orang lain.

Adanya Aura Positif ini juga boleh memberikan kebaikan pada anak-anak dan juga suami. Jika mereka dalam keadaan yang gembira dan ceria, suasana di rumah juga sudah pasti akan menjadi lebih seronok juga.

Memiliki kawan yang berfikiran positif

Jika masih memiliki kawan rapat dari belum berkahwin sehinggalah sudah beranak pinak adalah orang yang sangat bertuah.

Mungkin bagi sesetengah orang amat susah untuk terus mengekalkan perhubungan tersebut kerana dibelenggu dengan dua situasi. Mempunyai kawan baru amat senang kerana kita boleh berkongsi masalah bersama.

Sebaiknya pilihlah seorang kawan yang sentiasa berfikiran positif dan bukan kawan yang hanya tahu mengambil kesempatan. Jika kita ingin memiliki kawan yang berfikiran terbuka dan positif, kita juga harus memiliki sifat baik dan ikhlas dalam berkawan. Semoga dengan terjalinnya persahabatan yang jujur dan sama-sama mendekatkan diri kepada Tuhan.

Buat para suami-suami diluar sana, anda seharusnya faham dengan apa yang isteri anda inginkan. Mereka juga memerlukan masa untuk diri mereka sendiri. Tanggungjawab di rumah memang wajib dilakukan tapi berilah sedikit masa untuk mereka meluangkan masa dan buang segala tekanan yang dihadapi setelah penat lelah menguruskan rumahtangga. Mereka tidak meminta, tetapi sebagai suami kita seharusnya tahu apa yang isteri mahukan.

Sumber: Siraplimau

The post Pentingnya Masa Sendiri Untuk Isteri Demi Kebaikan appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel Pentingnya Masa Sendiri Untuk Isteri Demi Kebaikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pentingnya Masa Sendiri Untuk Isteri Demi Kebaikan

Postingan terkait: