Perceraian adalah salah satu perkara yang dimurkai Allah s.w.t, sedangkan memutuskan silaturrahim antara sahabat juga tidak digalakkan, apatah lagi apabila ikatan itu ikatan mulia suami isteri.
Dalam islam melarang sekeras-kerasnya perceraian kerana jika anda dikurniakan anak-anak, kesan yang bakal mereka terima adalah dari segi mental dan juga fizikal. Banyak kes serius seperti najis dadah melibatkan remaja bawah umur, antara faktor mengapa mereka terdedah kepada gejala itu adalah kerana faktor persekitaran dalam keluarga. Ibu bapa bercerai dan hidup menjadi tidak terurus membuatkan mereka mudah terdedah dan terpengaruh dengan gejala tidak sihat
Namun, perceraian bukanlah penamat untuk hidup. Perjuangan harus diteruskan demi kelangsungan hidup diri sendiri dan anak-anak. Untuk mengelakkan penyesalan kemudian hari, wanita terutamanya perlu tahu hak-hak mereka selepas bercerai.
Ramai wanita yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan setelah diceraikan, ini kerana mereka tidak cukup ilmu dan tidak tahu hak mana yang perlu dituntut. Ini adalah perkara penting yang perlu anda ketahui.
Ambil lawyer boleh sediakan 30-40k
Seorang netizen berkongsi apa yang perlu dilakukan wanita apabila melalui proses paling perit dalam perkahwinan, diceraikan suami. Dia memberi contoh kes Intan Liana yang juga bekas madu pelakon Izreen Azminda yang diceraikan mungkin mendapat perhatian ramai, namun jika terjadi kepada orang kebanyakan, sudah tentu hilang punca dan tidak mengetahui langkah yang perlu diambil.
Tambahnya, untuk khidmat peguam bagi kes perceraian pun memakan belanja sehingga 30 hingga 40 ribu Ringgit. Jika tidak berduit, adalah penting untuk golongan wanita berilmu menghadapi masalah sebegini.
Apa yang boleh dituntut wanita
Antara tuntutan wanita yang boleh dibuat adalah seperti nafkah iddah. Nafkah ini perlu diberi mengikut keperluan wanita dalam masa 3 kali suci. Selain itu, mutaah atau saguhati dari pihak suami juga boleh dituntut berdasarkan jumlah yang disumbangkn sepanjang kahwin.
1/3 harta sepencarian hak wanita
Bekas isteri juga layak mendapat satu pertiga harta sepencarian walaupun bergelar surirumah dalam keluarga. Antara yang boleh dituntut adalah seperti rumah, duit simpanan, saham atau kereta. Walaupun berdepan kesukaran, amat penting untuk percaya kepada kuasa rezeki ketetapan Allah.
Tuntut di mahkamah nafkah anak secara hitam putih
Menurutnya lagi, bagi mengelakkan isu di kemudian hari, tuntutan nafkah anak perlu dibuat di mahkamah secara bertulis bagi memudahkan kerja sekiranya si bapa ingkar di kemudian hari.
Hak penjagaan anak bagi tujuan dokumentasi
Sumber: Facebook/Norshahelayati Md Salleh
The post 5 Tuntutan Hak Yang Perlu Wanita Tahu Jika Diambang Perceraian appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel 5 Tuntutan Hak Yang Perlu Wanita Tahu Jika Diambang Perceraian