Khasiat Limau Kasturi Kepada Seluruh Badan Anda

Khasiat Limau Kasturi Kepada Seluruh Badan Anda - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khasiat Limau Kasturi Kepada Seluruh Badan Anda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Limau kasturi sememangnya terkenal dengan rasanya yang sangat sedap apabila dicampurkan dalam minuman, malah mampu memberi aroma yang sangat sedap dalam masakan.

Antara menjadi kegemaran orang melayu adalah laksa, jika tiada perahan limau, ianya seperti tidak lengkap dalam hidangan laksa tersebut. Dalam minuman pula, ianya mampu memberi rasa segar kepada sesiapa sahaja yang meminumnya, antara minuman yang boleh dicampurkan dengan perahan limau kasturi adalah Teh. Sesiapa yang gemar akan minuman itu pasti sudah tahu akan rasanya.

Pokok limau kasturi ini lebih dikenali melalui batang dan cabangnya yang berduri, buahnya berbentuk seperti limau namun saiznya lebih kecil. Baunya yang sangat harum boleh menyegarkan sesiapa sahaja yang menghidunya.

Limau kasturi juga terkenal dikalangan mereka yang sangat mementingkan kesihatan, kerana Ia juga mengandungi kandungan vitamin C dan merupakan salah satu sumber antioksidan yang baik.

Jika anda mahu hilangkan rasa tertekan, dan mahu rasa segar sepanjang hari, anda boleh cuba minum air perahan limau kasturi ini. Pasti ianya akan memberikan anda rasa yang lebih tenang dan segar.

Mengandungi sebatian antibakteria yang bagus, limau kasturi juga mampu berfungsi sebagai deodoran semula jadi kerana boleh menyelesaikan masalah bau badan dengan beberapa cara.

Berikut merupakan beberapa khasiat dan kegunaan limau kasturi yang mampu menyelesaikan beberapa masalah kesihatan:

Ubat kurus

Perah limau nipis dicampur bersama teh tanpa gula dan minum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh itu suam. Amalkan meminum air ini dan InsyaAllah perut yang buncit akan menjadi kempis.

Ubat demam

Petik 2-4 genggam daun limau nipis, rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan itu untuk menuam pesakit yang demam dengan merendam kain dengan air rebusan dan diperah, lalu diletakkan didahi.

Ubat hilang bau ketiak

Siapkan limau nipis yang telah dicampur dengan kapur sireh. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan dengan kerap pagi dan petang.

Ubat pening kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit dibahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga mengeluarkan air. Pastikan anda menghalakan cecair itu kearah hidung semasa ia terpancut.

Ubat lelah

Ambil satu sudu madu (kalau boleh madu asli). Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Anda boleh meminumnya bila-bila masa ketika mengalami lelah. Cukuplah diamalkan seminggu sekali.

Ubat batuk

Campurkan limau, kicap dan garam. Amalkan minum setiap pagi dan malam.

Ubat kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji limau nips. Lumur pada kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih. Lakukan seminggu sekali.

Hilangkan kesan minyak pada baju

Perah sebiji limau kasturi kedalam piring. Campur perahan limau dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan campuran diatas pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Lepas digosok, biarkan selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak akan hilang. Akhir sekali basuh pakaian tadi dengan pakaian lain seperti biasa.

Ubat wangi rambut

Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris. Kemudian gosok seluruh kepala, biarkan beberapa minit dan barulah dicuci bersih.

Mengilatkan cermin mata

Cuci dan gosok sedikit limau pada kaca cermin mata. Bilas sebersihnya kemudian lap dengan kain bersih atau tisu. Hasilnya cemin mata nampak jelas dan tahan lebih lama.

Sumber: Siakapkeli.my

The post Khasiat Limau Kasturi Kepada Seluruh Badan Anda appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel Khasiat Limau Kasturi Kepada Seluruh Badan Anda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khasiat Limau Kasturi Kepada Seluruh Badan Anda

Postingan terkait: