Terdapat sebuah pasar yang cukup terkenal di kalangan penduduk tempatan di Vietnam. Bukan kerana saiz pasar yang besar, tetapi barangan yang dijual di pasar ini menjadikannya sebagai salah sebuah pasar yang paling mengerikan di dunia.
Pasar yang terletak di Quan Binh Tan di Ho Chin Minh ini menjual daging kucing yang juga dikenali sebagai little tiger untuk para pelanggan yang menggemarinya.
Walaupun telah diharamkan di bawah undang-undang di Vietnam, masih juga ada segelintir peniaga menjual daging kucing secara tertutup pada harga RM230 ke RM310 untuk setiap hidangan.
Menurut penduduk tempat di sana, daging kucing boleh menjadi sumber kekuatan dan membuatkan orang yang memakannya menjadi lebih lincah seperti seekor kucing. Bagaimanapun, wujud risiko kesihatan buat yang memakan daging kucing ini kerana ada antara daging kucing adalah dari kucing-kucing liar.
Seorang pencinta haiwan yang dikenali sebagai Quyen telah merakamkan suasana di dalam pasar yang mengerikan ini. Lihat berikut ini:
Kucing-kucing ini akan disimpan di dalam guni dan diletakkan di atas lantai.
Nasib kucing-kucing malang yang sedang menanti giliran untuk diproses.
Kucing-kucing ini akan dibunuh dengan dilemaskan di dalam air.
Bulu-bulunya akan ditanggalkan.
Menjadi hidangan yang paling digemari di Vietnam.
Tonton juga video di pasar yang mengerikan ini.
Sumber: Daily Mail UK
The post Gambar Sekitar Pasar Di Vietnam Yang Menjual Kucing Sebagai Makanan appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Gambar Sekitar Pasar Di Vietnam Yang Menjual Kucing Sebagai Makanan