Tidak ramai yang percaya pada ‘cinta pandang pertama’ kerana merasakan perkara seperti ini cuma berlaku di dalam drama sahaja.
Namun, memetik satu kajian oleh pakar Antropologi Biologi di Amerika Syarikat mengesahkan, antara lelaki dan wanita, kaum lelaki lebih mudah jatuh cinta pandang pertama berbanding wanita.
Kajian itu dilakukan ke atas 80,000 orang di dunia mendedahkan 48 peratus lelaki lebih mudah jatuh cinta, pada pandangan pertama, tetapi wanita hanya 28 peratus.
Ini kerana, wanita lebih berhati-hati berbanding lelaki yang akan melihat fizikal seseorang wanita terlebih dahulu berbanding hati budi seseorang. Wanita meletakkan fizikal sebagai pilihan kedua dan banyak perkara perlu dipertimbangkan untuk memilih pasangan.
Bagaimana cara untuk membezakan perasaan jatuh cinta atau suka pada pandangan pertama?
Memetik examiner.com, orang yang jatuh cinta pada pandangan pertama akan merasakan tujuh perkara berikut ini.
Degupan jantung berbeza
Apabila anda bersemuka dengannya, anda merasakan perasaan aneh. Tubuh anda menerima isyarat yang tidak pernah dirasai sebelum ini.
Perasaan Emosi
Tetapi bagaimana perasaannya? Ia seolah-olah anda telah mengenali orang tersebut sebelum anda menemuinya.
Mahu Memberikan Cinta
Walaupun tidak diketahui untuk jangka masa yang panjang, anda sudah merasakan seperti mahu memiliki dan menyatakan perasaan cinta anda kepadanya.
Gila bayang
Hanya bertemu kali pertama, tetapi fikiran anda telah diisi oleh awangan itu. Setiap kali anda melakukan sesuatu, ada perkara yang mengingatkan anda tentangnya.
Rasa Cemas dan Was-was
“Dia dah makan ke sekarang?” “Semalam dia cukup tidur ke?” ” “Kenapa telefon tiada berjawap?”
Kebimbangan ini juga merupakan isyarat bahawa anda benar-benar jatuh cinta.
Tiba-tiba Percaya
Anda tahu anda baru mengenali dirinya. Tetapi entah bagaimana anda boleh rasa amanah kepadanya. Anda juga tidak kucar-kacir dengan kisah cinta masa lalu dirinya. Apa yang anda percaya ialah cintanya akan berjalan lancar dan baik-baik saja.
Perasaan Semulajadi
Anda merasakan bahawa jatuh cinta kadang-kadang boleh berlaku dalam cara yang indah dan ajaib, termasuk jatuh cinta pada pandangan pertama.
Akhir kata, cinta itu adalah satu anugerah.
Sumber: Pelbagai sumber
The post Lelaki Cepat Jatuh Cinta Pandang Pertama appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Cepat Jatuh Cinta Pandang Pertama