Teringat kata peribahasa, ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri’. Yang membawa maksud, sesuatu itu memang baik di tempat sendiri walaupun betapa mewahnya di tempat lain.
Bukanlah mahu memperbahaskan mengenai peribahasa ini, tetapi hujan emas betul-betul terjadi di langit Rusia. Jongkong-jongkong emas jatuh dari langit sebagai akibat kegagalan satu pesawat penerbangan.
Kemalangan penerbangan ini yang juga merupakan kemalangan paling berharga tercipta di dalam sejarah penerbangan. Sebuah pesawat yang membawa muatan bernilai US$ 368 juta mengalami kemalangan ketika mahu berlepas di sebuah lapangan terbang di Yakutsk, Rusia.
Berikutan kemalangan tersebut, jongkong-jongkong emas yang dibawa oleh pesawat tersebut telah bertebaran di atas landasan setelah badan pesawat itu terputus dua.
Menurut jurucakap lapangan terbang, pihak mereka telah berjaya menemui semua 172 buah jongkong emas seberat 3 tan selepas operasi pencarian dilancarkan sejurus selepas berlakunya kemalangan tersebut.
Bandar Yakutsk yang terletak di kawasan perlombongan emas dan belian itu merupakan antara salah sebuah kawasan yang paling miskin di Rusia.
Sumber: Pelbagai sumber
The post Hujan Jongkong Emas Jatuh Dari Langit Di Rusia appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Hujan Jongkong Emas Jatuh Dari Langit Di Rusia