Izreen Azminda Kecewa Dengan Segelintir Netizen

Izreen Azminda Kecewa Dengan Segelintir Netizen - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Izreen Azminda Kecewa Dengan Segelintir Netizen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Sejak kontroversi membabitkan Izreen Azminda yang dikatakan punca penceraian suaminya Ude dengan isteri pertamanya nampaknya sudah tidak mampu dikawal lagi apabila rakan artisnya Rita Rudaini kini terpaksa menerima kecaman di laman Instagramnya kerana Izreen Azminda dikatakan adalah rakan baik Rita.

Ramai yang salah faham mengenai perkahwinan itu dan mula mengaitkan pelakon cantik Rita Rudaini sebagai ‘dalang’ mengapa Izreen membuat keputusan untuk berkahwin dengan Ude.

Setelah Izreen menutup akaun Instagramnya, Instagram Rita Rudiani pula menjadi tempat netizen-netizen meluahkan perasaan marah. Oleh kerana kecewa dengan sikap segelintir netizen, Izreen Azminda meminta netizen agar berhenti ‘menyerang’ pelakon Rita Rudaini di Instagram (IG) membabitkan kontroversi perkahwinannya.

Izreen, 33, berkata, Rita tidak ada kena mengena dalam rumah tangganya dan berharap orang ramai tidak salah faham mengenai apa yang terjadi.

“Diakui sejak saya menutup ruangan komen dan menyhaktif sementara akaun Instagram, netizen beralih ke IG Rita. Disebabkan mereka tidak dapat menghentam saya, Rita pula jadi mangsa.

“Dalam masa sama, perkara ini berlaku di luar kawalan saya. Cuma, apa boleh dikatakan sekarang, berhenti mengganggu ketenteraman Rita, baik di kalangan peminat saya atau ‘haters’.

“Tidak adil jika dia turut dikecam hanya kerana kami berkawan. Ingin dijelaskan, dia tidak terbabit atau ada kena mengena dalam perkara ini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Izreen, buat sementara waktu dia tetap dengan pendirian untuk tidak mengaktifkan semula Instagram miliknya.

“Saya bukan lari, tetapi ingin perkara ini selesai dahulu. Selepas ini, saya akan kembali membuka akaun IG.

“Buat masa sekarang, saya ingin semuanya reda dan tenang dahulu. Bagi yang terus memberikan sokongan kepada saya, terima kasih diucapkan,” katanya.

Mengenai penamatan kontrak menjadi duta produk kecantikan, Izreen menjelaskan dia bukan digugurkan sebaliknya kontrak berkenaan sudah berakhir.

“Saya anggap tidak ada rezeki. Namun, saya ingin perbetulkan persepsi orang yang mana kontrak saya tidak dibatalkan, tetapi sudah berakhir. Saya percaya, rezeki Allah SWT ada di mana-mana.

“Alhamdulillah, tawaran berlakon juga tidak putus dan semua berjalan macam biasa. Saya bersyukur pihak produksi tidak ambil pusing masalah peribadi saya. Mereka lebih percaya dengan hasil kerja saya selama ini.

“Saya juga tidak ada masalah disiplin atau pernah menimbulkan masalah terhadap mana-mana produksi. Paling penting, walaupun saya berdepan masalah, sikit pun tidak menjejaskan kerja saya atau pun mengganggu produksi. Saya tetap menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya

Sumber: Hmetro.com.my

The post Izreen Azminda Kecewa Dengan Segelintir Netizen appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel Izreen Azminda Kecewa Dengan Segelintir Netizen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Izreen Azminda Kecewa Dengan Segelintir Netizen

Postingan terkait: