Isu rumahtangga antara Ude dan juga Intan Liyana nampaknya membuka mata ramai wanita, isu penceraian sebenarnya satu isu yang sangat sensitif. Ramai yang mengeluh dan meratapi kesedihan yang menimpa Intan Liyana yang dikatakan sebagai ‘mangsa’ orang ketiga.
Seorang pemilik akaun di Facebook ada meluahkan pendapat berkenaan wanita yang sudah berkahwin perlu bersedia dari segi mental dan fizikal, dan setiap suri rumah seharusnya mempunyai pendapatan sendiri dan tidak bergantung harap dengan suami sahaja. Jika berlaku penceraian, sekurangnya anda masih boleh meneruskan hidup tanpa seorang suami.
Jamaida Jamaludin ada berkongsi pengalaman dan juga nasihatnya kepada para wanita diluar sana, bagi memperingati bahawa jodoh itu adalah rahsia Allah s.w.t dan kita tidak tahu kesudahan ‘cerita’ kita, adakah berpisah mati atau berpisah hidup kerana orang ketiga? Segalanya rahsia dan kita sebagai hamba hanya perlu bersedia dengan segala kemungkinan.
“Pernah bertugas di kagat, pejabat agama, kajian ttg wanita yang mengalami kecurangan, otw tesis phd untuk pasangan bercerai,
sedikit refleksi ….
Penceraian antara ude dan intan adalah kes terpencil dalam perkahwinan tetapi publisiti ude sebagai pemuzik dan bekas madu intan adalah selebriti membesarkan keadaan ramai yang sedang lena. Malah, sedangkan dulu aku sangat suka tgk lakonan bekas madu intan, sampai boleh dikatakan semua drama dia aku tunggu. Tapi itu dulu… Bukan semalam ,hari ni dan akan datang.
Aku puji intan sebab dia berjaya menjaga keaiban perkahwinan sehingga titisan di mahkamah dan menyalahkan dirinya tidak pandai jaga suami sebab bg aku tak semua orang mampu lakukan begitu.
Malah aku lagi kagum dengan dia apabila dia redha dan menitis airmata sambil mendukung anak anaknya di perkarangan mahkamah. kerana hnya wanita terpilih sahaja yang berani dan kuat begitu.. Berdiri menjawab sambil dukung anak… Ya, kuat.
…………………………………………………
Ude kawin tanpa pengetahuannya, dia redha
Ude xadil apabila tinggalkan rumah sejak november, dia hanya diam
Ude sudah tiada hati padanya, dia still datang mahkamah , mendukung anak dan merayu untuk jumpa ude ( tapi ude xnak) … Ini bg aku kesilapan ude yang tidak berani bertanggungjawab atas pilihan yang dia buat
Apa salahnya jumpa, mohon maaf dan beritahu dia, sudah tiada ada cinta…..
Di saat intan jatuh.. Dan saya pasti dia sedang merangkak untuk move………
Dia dapat sokongan yang kuat dari kakaknya yang turut hadir ke mahkamah sambil mendukung anaknya…
Intan mula mendapat doa, simpati dari orang yang mendengar ceritanya
Intan mendapat sokongan bukan hanya dari keluarga, malah intan dapat sokongan dr ramai pihak termasuk golongan lelaki
Yang paling menarik… Semua orang xtahu punca penceraian itu tetapi mereka tetap kata intan simbol wanita kuat…
Dan….
Cerita ude, cerita intan, cerita bekas madu intan membuka mata semua…
Anak remaja , pasangan yang baru kawin, pasangan yang lama berkahwin, anak anak dara yang sedang bercinta dengan suami orang malah cerita ini juga membuka mata mata yang terlibat dengan poligami samada lelaki, isteri pertama, isteri kedua, isteri ketiga… Dan seterusnya…
Dan
Kenapa ude kata dia sudah tiada hati lagi sedangkan ude dan intan baru memiliki baby berusia setahun, . Mungkin faktor masa dan jarak…
Ude tinggalkan intan pada november, komunikasi hnya ttg anak…
November, disember, januari…… Februari…. 4 bulan tu.. Lama… Satu tempoh yang lama sebenarnya….
Sepatutnya walaupun tiada hati, jangan keluar dari rumah. Tinggal sekali supaya or mungkin hati tu boleh tumbuh balik…. Sebab melihat, menonton, melihat dan menonton isteri dan anak anak hari hari….. Tetapi ude ambil untuk tidak berlaku adil… Hanya melihat yang nom 2 menonton nom 2…..so, hati yang nom 1 tu hilang dari radar sedangkan 5 tahun hati tu la yang mekar di langit biru…
Sebab tu ramai yang tidak boleh menerima hakikat itu alasan ude kerana alasan itu macam pelik je…
Namun siapa la kita hendak menolak takdir… Bahawa mmg ude xda hati dengan intan sebab tu hati ude bukan hati kita… Dan kita juga xboleh tolak takdir bahawa intan xmelawan balik dan merampas kembali hak dia… Kerana intan tahu kemampuan dan daya dia…
Cuma.. Mungkin ini takdir intan.. Takdir anak anak anak intan…. Kehilangan orang yang tersayang disayangi dengan sekelip mata dengan cara yang bagi saya kejam untuk intan dan anak anak… Tapi inila pencaturan nya…
Mungkin ini juga jawapan dari doa intan…
Ingat balik apa yang intan cakap dalam video.. Saya doakan kebahagian ude….
Mungkin inilah kebahagiaan ude… Kerana ude xlayak untuk intan kerana intan berhak dapat kebahagiaan yang lebih baik tanpa ude…..
Kita yang melihat dan mendengar cerita ini,….jadikan ia satu pengajaran….
Intan kata dia percaya suami 100 peratus… lepas ni simpan sedikit kepercayaan itu untuk diri sendiri
Saya xda transport, bergantung kepada kakak dan anak buah….belajar la berdikari, ambil lesen dan beli kereta sendiri
Saya xkerja kerana ingin menjaga anak anak dirumah… Mungkin lepas ni perempuan kena cari income sendiri …walaupun xbanyak
Saya pm dia sekali sahaja dan saya cakap saya redha awak madu saya…. mungkin lepas ni jangan baik sangat dengan orang.. Ada batasnya..bina pagarnya…
Apa lagi saya boleh buat, saya kena terima juga…. Mungkin lepas ni kita perlu ajar diri kita lepas sahaja berkahwin untuk menerima apa sahaja kemungkinan.. Bina semangat Kuat dari malam pertama lagi, …
Xpa intan, suami awak hak Allah…..Allah ingin mengambilnya semula dari awak…
Awak boleh menangis ..menangis la sepuasnya tapi jangan terlalu lama dear… Kerana ada 2 harta yang ingin u kuat, yang ingin lihat u bangun dari merangkak, dari terhempas batu yang besar…….
Sekiranya anda dipihak benar, suatu hari anda akan dapat jawapannya……. Dr persoalan apa salah saya
Selepas hujan yang lebat, pasti ada pelangi indah yang hadir
Selepas kemarau panjang, pasti ada baja yang subur untuk tumbuhan hijau….. Jangan mengalah… Ramai disisi anda…. Terutama anda berjaya membawa anak anda bersama anda…..
Mulakan dengan tindakan. Jangan lupa buat permohonan tuntutan harta sepencarian, hak u dalam edah, hak nafkah anak anak.. Dan yang penting hak penjagaan anak anak….
Anda wanita hebat….. Dan segala yang terbaik menanti anda selepas ini.
Sumber: Facebook/Jumaida Jamaluddin
The post Penting: Para Isteri Harus Ada Pendapatan Sendiri appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Penting: Para Isteri Harus Ada Pendapatan Sendiri