Kebanyakkan ibu bapa sudah pasti akan risau tentang keselamatan anak-anak mereka. Oleh itu, perhatian yang penuh mereka berikan agar anak-anak mendapat keselesaan. Tidak salah untuk selalu rasa risau akan anak-anak tapi seharusnya berpada-padalah jangan sampai keterlaluan sehingga membuatkan anak menjadi terlalu manja dan tidak pandai untuk membuat keputusan sendiri.
Dijadikan sebagai contoh, seandainya anda menghantar anak ke sekolah, sudah mencukupilah hantar sehingga ke pagar sekolah dan selebihnya biar anak itu sendiri yang lakukan. Seandainya anda menghantar anak sehingga ke depan pintu kelas dan perbuatan sebegitu dilakukan setiap hari, tidak mustahil membuat anak anda akan menjadi manja dan terbiasa dilayan sebegitu sehingga tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri. Bagaimana cara mengajar anak agar tidak manja?
Menurut satu perkongsian dari seorang netizen, beliau mempunyai satu sikap yang terlampau over protective dan langsung tidak mahu anaknya berada dalam kesusahan. Lama-kelamaan dia perasan akan perubahan yang berlaku terhadap anak sulungnya yang semakin hari manjanya semakin menjadi-jadi. Ia boleh dikategorikan sebagai anak manja yang luar biasa. Berkat ilmu parenting yang dipelajarinya dan beliau juga menggunakan 5 formula cara supaya anak-anak tidak menjadi terlampau manja dan cara itu sangat berkesan. Fahami berikut ini tips cara membuat anak agar tidak manja.
Formula 1
Belajar untuk selalu bertegas dan pada masa yang sama selitkan rasa kasih sayang kepada anak-anak. Jangan termakan dengan pujuk rayu mereka jika mereka menginginkan sesuatu. Ketika anak berumur 6 bulan ke atas mereka sudah tahu buat-buat menangis sebagai jalan memujuk jika inginkan sesuatu benda. Kita seharusnya bijak dalam membezakan tangisan mereka itu adakah tangisan dibuat-buat ataupun tangisan yang sebenar.
Formula 2
Sentiasa konsisten dalam membuat keputusan. Jangan hanya disebabkan pujuk rayu anak-anak kita, segala keputusan menjadi lain dan layu dan hilang pendirian. Anak-anak akan dapat agak taktik yang boleh membuatkan ibu bapa mereka mudah cair dan termakan pujukkan. Jangan anda berasa pelik jika mereka mula memberontak jika keinginan mereka tidak dilaksanakan.
Formula 3
Ada masanya kita memerlukan sikap tawar-menawar dengan anak-anak. Contohnya seperti, sebelum kita memasuki mana-mana kedai, kita harus mengingatkan anak-anak kita untuk ketahui barang apa yang perlu dibeli. Jika lakukan seperti itu, anak-anak kita tidak akan ada perangai seperti seorang raja yang senang-senang mengarahkan itu dan ini. Mungkin benar kita tidak akan dapat menghalang keseluruhan ragam anak-anak. Tidak salah jika kita mencuba sesuatu agar anak-anak kita tidak berperangai melampau.
Formula 4
Jika boleh sebagai ibu bapa tidak semua perkara yang melibatkan anak-anak kita boleh masuk campur. Tidak selamanya kita akan sentiasa berada di sisi mereka. Jika anak-anak bergaduh sebagai contoh adik bertengkar dengan si kakak dan kita datang-datang meleraikan pergaduhan tersebut dan pada masa yang sama kita memarahi si kakak kerana si kakak anak yang sulung. Andai kata ada budak sekolah anak kita tercubit secara tidak sengaja kita pun melenting tidak ingat dunia. Serba serbi ibu bapa masuk campur dan menyalahkan orang lain. Bila lagi anak-anak kita nak asah Interpersonal Skills mereka. Disebabkan itu juga mereka tidak tahu bergaul dan mempunyai sikap manja yang berlebihan.
Formula 5
Anggaplah diri kita sebagai seorang jurulatih bagi anak-anak. Setiap anak bukannya mahukan ibu bapa yang boleh di ibaratkan sebagai baju besi untuk menjadi pelindung mereka setiap masa. Mereka hanya perlukan seseorang yang boleh mengajar mereka erti kehidupan.
Andai kata anak kita menangis disebabkan sesuatu perkara, janganlah kita terlalu panik dan terburu-buru untuk menenang anak. Sebaliknya anda bertanyakan dulu sebab apa anak kita menangis. Biar anak kita pandai asah Self Regulation dalaman mereka. Jika sudah terbiasa dengan keadaan sebegitu kita tidak ubah seperti hamba kepada anak-anak kita sendiri. Hati-hati sebelum perkara sebegini berlaku.
Sebaiknya kita harus melentur anak-anak dari mereka masa kecil supaya mereka terbiasa dengan keadaan sebegitu. Berpada-padalah dalam memanjakan anak. Selitkan ketegasan dalam mendidik anak supaya mereka membesar menjadis eorang anak yang boleh di harap dan pandai berdikari. Semua yang kita lakukan ini adalah demi kebaikan dan masa depan mereka juga.
Sumber: Facebook/Taufiq Razif
The post 5 Formula Agar Anak Tidak Terlalu Manja appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel 5 Formula Agar Anak Tidak Terlalu Manja