Zaman sekarang, siapa yang nak hidup senang, nak jadi kaya bukanlah susah. Sesiapapun anda, tidak kira kelulusan akademik yang anda miliki, sebenarnya belum tentu menjamin peluang pekerjaan kerana rezeki buat setiap orang itu berbeza-beza.
Bagi Saipol Azmir Zainuddin, keputusannya untuk berhenti sekolah ketika di darjah 6 bukanlah keputusan yang salah. Atas hasil usaha yang gigih, pengembala berusia 33 tahun ini mampu menjana pendapatan lebih RM1 juta melalui jualan lembu tahun lalu.
Bagi Saipol, belajar sehingga darjah 6 tidak mematahkan semangatnya untuk menjadi orang yang berjaya.
“Walaupun berhenti sekolah lebih awal daripada rakan lain, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya kerana itu impian sejak kecil. Saya tak sekolah pun bukan saja-saja tapi kerana mahu bekerja sebagai buruh binaan membuat rumah,” katanya.
Pada mulanya, dia membeli seekor anak lembu berharga RM450 dengan gaji pertamanya yang diperoleh sebanyak RM750. Kemudian membeli seekor lembu setiap bulan sehinggalah berusia 18 tahun, dia mempunyai 300 ekor lembu.
Sepanjang tempoh itu, dia menternak dan menjual lembu kepada penduduk kampung. Impiannya adalah untuk memiliki ladang ternakan sendiri.
“Sejak itu, setiap kali dapat gaji bulanan saya akan beli seekor anak lembu. Hasilnya, pada usia 18 tahun saya berjaya memiliki 300 ekor lembu.”
Saipol juga dikenali sebagai jutawan lembu kerana berjaya memperoleh pendapatan lebih RM1 juta hasil jualan tahun lalu. Kini, dia mempuyai 700 ekor lembu, 150 ekor kambing dan 30 ekor kerbau.
Sumber: Vitdaily, Wordofbuzz
The post Belajar Setakat Darjah 6 Bukan Penghalang Jadi Jutawan – Penternak Lembu appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Belajar Setakat Darjah 6 Bukan Penghalang Jadi Jutawan – Penternak Lembu