Jantina Sebenar Nur Sajat Akhirnya Terjawab!

Jantina Sebenar Nur Sajat Akhirnya Terjawab! - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jantina Sebenar Nur Sajat Akhirnya Terjawab!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Selama ini banyak yang masih tertanya-tanya tentang jantina sebenar usahawan berjaya Nur Sajat. Persoalan tentang jantinanya yang sering menjadi buah mulut netizen. Malah Nur Sajat sering sahaja dikecam dan dicaci kerana ramai yang menganggapnya sebagai seorang pondan dan bukannya seorang wanita tulen.

Baru-baru ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akhirnya telah menampilkan sebuah pendedahan tentang persoalan isu jantina Nur Sajat Kamaruzzaman, seorang usahawan kosmetik berjaya.

Dr. Mohd Izwan Md Yusof selaku Penolong Pengarah kanan, Cawangan Sosial Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim telah membuat satu susulan mengenai identiti sebenar yang dimiliki oleh Nur Sajat.

Mohd Izwan juga adalah seorang yang sangat pakar dalam menangani permasalahan lesbian, biseksual, gay dan juga transgender (LGBT). Pihak Jakim juga turut mengakui dan sudah dimaklumkan bahawa identiti sebenar Nur Sajat sebenarnya seorang Khunsa ataupun lebih dikenali sebagai seorang yang mempunyai dua alat kelamin.

“Ye betul, ibu bapa Sajat telah bersumpah bahawa Sajat adalah khunsa,” kata Mohd Izwan kepada mStar Online.

Nur Sajat juga telah memberitahu tentang identitijantina yang dimilikinya yang sebenar kepada pihak JAKIM. Pertemuan pertama di antara Nur Sajat dan juga kedua ibu bapanya dengan Mohd Izwan di Wisma tempat Nur Sajat yang berada di Shah Alam 16 pada Januari yang lepas.

Menurut Mohd Izwan lagi, sebuah pengakuan ataupun sumpah yang telah dibuat juga tetap memerlukan surat pengesahan dari pihak berautoriti dari sudut perubatan.

Pihak JAKIM juga turut menawarkan satu bantuan agar pihak Nur Sajat boleh mengukuti beberapa prosedur pengesahan tentang jantinanya selama ini oleh pakar perubatan yang berpengalaman dan bertauliah serta diperakui oleh pihak kerajaan.

“Sebenarnya, Jakim telah pun mengatur temujanji di antara pakar perubatan dengan pihak Sajat.

“Namun di saat akhir Sajat tidak hadir atau membatalkan temujanji pemeriksaan pakar perubatan kerana didesak oleh pihak ketiga di pihak Sajat sendiri,” jelasnya.

Pada hari rabu yang lalu, Mohd Izwan juga menyatakan pernah dihalang oleh orang ketika dari pihak Nur Sajat dalam meneruskan kerja bagi mendapatkan pengesahan tentang identiti usahawan kosmetik berkenaan.

Pada masa yang sama, pihak JAKIM juga mengesahkan Nur Sajat seorang Khunsa.

Apabila ditanya tentang permasalahan pihak ketika, apa yang mampu saya katakan adalah ‘No komen’.

Nur Sajat juga telah mendapat persetujuan di antara pihak JAKIM untuk bekerjasama.

Pihak JAKIM juga akan terus memberikan komitmen dalam meneruskan proses pengesahan tentang jantina Nur Sajat.

Menurut Nur Sajat lagi, kerjasama yang dimaksudkan olehnya adalah lebih kepada pembabitanya dalam apa saja program Pembangunan Perniagaan dan juga Motivasi yang telah diketuai oleh jabatan berkenaan.

Pada bulan yang lalu, pihak JAKIM juga telah berjaya menemui jalam penyelesaian dalam mendapatkan pengesahan identiti sebenar Nur Sajat sebaik saja mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik.

Tarikh 19 Januari yang lalu juga, Mohd Izwan juga menyatakan bahawa pihak JAKIM juga telah bersetuju dengan proses yang perlu dilakukan oleh Nur Sajat bagi mendapatkan pengesahan secara rasminya. Tempoh yang diperlukan adalah memakan masa selama sebulan.

Walau bagaimanapun, diharap segala persoalan yang dihadapi oleh Nur Sajat tentang jantinanya selama ini terjawab. Diharap selepas ini tiada lagi yang mempersoalkan dan mengecam usahawan kosmetik ini dengan perkataan kasar.

Sumber: Sinar Harian, mStar Online

The post Jantina Sebenar Nur Sajat Akhirnya Terjawab! appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel Jantina Sebenar Nur Sajat Akhirnya Terjawab! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jantina Sebenar Nur Sajat Akhirnya Terjawab!

Postingan terkait: