7 Teknik Supaya Kurang Rasa Sakit Ketika Proses Bersalin

7 Teknik Supaya Kurang Rasa Sakit Ketika Proses Bersalin - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 7 Teknik Supaya Kurang Rasa Sakit Ketika Proses Bersalin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Setiap wanita sudah pasti akan melalui fasa ini sebaik saja mendirikan rumahtangga. Dikurniakan rezeki dan mengandungkan anak dari pasangan pilihan adalah sangat di idam-idam. Sepanjang mengandung sudah pasti tidak terkata nikmat yang dirasai. Tipulah kalau wanita tidak takut jika masuk perihal bersalin.

Proses melahirkan anak bukanlah satu yang senang bagi yang belum mengalaminya. Saat-saat bersalin ini juga memerlukan pengorbanan yang sangat besar. Jika bersalin itu sangat senang, tiadalah pepatah mengatakan ‘Syurga di bawah tapak kaki ibu’. Disini terdapat banyak cara dan teknik-teknik yang perlu para ibu-ibu yang bakal bersalin praktikan supaya dapat mengurangkan sedikit rasa kesakitan semasa proses bersalin.

Menurut perkongsian dari Puan Siti Aai Shah, mengikut pengalamannya sendiri dia turut mengunakan teknik ‘Gentle Birth‘ ini. Ia juga boleh bagi mengurangkan rasa sakin pada sebelum dan selepas melahirkan anak.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Gentle Birth

Gentle Birth merupakan salah satu teknik yang boleh memudahkan proses bersalin dengan cara yang lebih mudah, tenang dan yang paling penting ianya selamat. Ia dapat mengurangkan rasa sakit pada sebelum dan selepas melairkan anak.

Sangat mengembirakan jika para ibu-ibu yang bakal melahirkan anak mengetahui tentang teknik mudah seperti ini. Malah teknik ini juga memanipulasi minda kita separuh sedar tentang rasa sakit yang akan dirasai kepada detik-detik yang indah dan pada masa yang sama dapat melupakan seketika dan menghilangkan rasa sakit tadi.

Bagi para ibu yang baru pertama kali melahirkan anak dan langsung tiada pengalaman dalam melahirkan anak dan masih belum mempraktikan teknik ini. Disin terdapat 7 tips yang boleh diamalkan dan ianya sangat membantu.

Teknik pernafasan yang betul

Contraction adalah saat-saat yang amat menyakitkan buat para ibu yang sedang menghampiri proses melahirkan. Kebanyakkan mereka menyatakan ianya sangat sakit seperti patah pinggang. Ada yang kata ia rasa berkali-kali ganda sakit senggugut dan seperti ingin putus urat. Tapi itu hanyalah gambaran dan ibarat sahaja. Adakah anda percaya yang rasa sakit itu semua akan hilang jika anda membuatkan cara pernafasan yang betul.

Bagaimana caranya?

Pada saat constraction tiba, anda seharusnya bersiap sedia untuk menarik nafas sedalam-dalamnya dan dilepaskan secara perlahan-lahan selepas itu melalui mulut tanpa mengeluarkan suara. Anda perlu ulang sebanyak 3-5 kali, dengan izin tuhan kesakitan itu akan berkurangan. Mengamalkan teknik pernafasan ini bukan saja membuatkan kita rasa kurang sakit malah ia jugamembuatkan para ibu menjadi lebih tenang.

Aktifkan minda anda separuh sedar

Minda separuh sedar ini tidak berfungsi secara logik malah ia lebih cenderung ke arah imaginasi. rasa hati dan juga emosi kita.

Sebagai contohnya, jika mengikut minda yang sedar sudah pasti para ibu menginginkan proses bersalin cara normal. Manakala bagi minda separuh sedar adakah mampu untuk melahirkan secara normal anak yang pertama. Pemikiran seperti ini yang harus kita tukar sebenarnya.

Mempunyai minda separuh sedar ini ada 90% dalam diri kita sendiri dan ia amat menguasainya. Apa yang kita mampu buat adalah hanya mencapai apa saya yang kita sedang hajati. yang seperti itulah kekuatan yang sangat luar biasa yang tidak dapat kita sangkakan leh akal fikiran manusia.

Kita hanya boleh wujudkan perkara tersebut dalam keadaan yang tenang dan suasana yang tenang. Apa yang paling mudah adalah kita hanya perlu bercakap dengan diri sendiri apa yang kita inginkan pada hari esok dan pada masa yang sama berdoalah kepada Allah. Teus ulangi proses berkenaan berulang kali.

Menurut perkongsian Puan Siti Aai Shah semasa beliau mengandung anak ke dua dan ketiga setiap masa dia akan bercakap pada diri sendiri di dalam hati.

Baby bersalin 38 minggu.
Mudah bersalin.
Bersalin normal.
Lepas bersalin tak sakit-sakit.
Dalam labour room setengah jam je.
Kembali berat asal

Alhamdulillah dengan mempraktikkan tektik berikut semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Cuma masalah berat saja yang masih belum diketahui lagi. Melahirkan anak kedua berjaya tapi yang ketiga ini masih belum tahu lagi. Puan Siti Aai Shah hanya mengaktifkan minda separuh sedar semasa beliau diawal kehamilan dan sewaktu untuk bersalin. Semuanya berjaya.

Berfikiran positif

Sikap sentiasa mengamalkan pemikiran yang positif ini adalah sangat perlu dipraktikkan selalu. Ini kerana apabila kita positif pada masa yang sama kita akan menarik semua aura positif di sekeliling kita. Oleh sebab itulah ibu-ibu yang mengandung ini tidak digalakkan dalam keadaan bersedih.

Sewaktu saat-saat untuk bersalin adalah sangat penting untuk kita amalkan kata-kata positif seperti, aku mesti kuat, insyaallah bayi yang aku kandung ini akan lahir dalam keadaan yang selamat. Aku pasti boleh buat. Allah akan sentiasa membantu aku. Hendaklah selalu memberi semangat pada diri sendiri supaya dapat memudahkan proses bersalin.

Lama dalam bersujud

Bagi teknik yang satu ini adalah boleh mempercepatkan bukaan rahim ibu dalam keadaan bersujud juga boleh menghilangkan rasa kesakitan semasa contraction. Bagi para ibu yang mengandung songsang, anda boleh mempraktikkan cara ini agar boleh membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.

Sakit kepada Nikmat

Apabila kesakitan saat contraction datang, anda hanya perlu membayyangkan sesuatu yang indah dan mengembirakan. Cuba wujudkan cerita yang mengembirakan semasa melahirkan Insyaallah rasa sakit itu akan serta merta hilang.

Berzikir dan Doa Nabi Yunus

InsyaAllah sakit tadi akan hilang.

Salah satu perkara yang boelh membuat kita tenang adalah dengan cara berzikir. Ketika rasa sakit melahirkan itu datang, berzikirlah. Sentiasa mengingati kebesaran Allah. Semua itu juga boleh mengurangkan rasa sakit.

Baca Doa Nabi Yunus:

“Lailahaila anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin”

Minum air Zam Zam dan makan buah kurma

Minum air zam zam dan makan buah kurma adalah dapat memberikan anda tenaga semasa bersalin nanti dan pada masa yang sama ianya sangat berkhasiat. Jika masuk kedalam ‘Labour Room; anda jangan lupa dengan dua benda penting ini. Dengan izin Allah ia dapat memudahkan proses kelahiran dan memberikan tenaga yang sangat luar biasa.

Diharap dengan semua perkongsian di atas boleh memberikan manfaat dan panduan kepada para ibu yang bakal melahirkan anak. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak yang pertama, anda tidak perlu rasa takut. Proses melahirkan adalah satu pengalaman yang sangat menakjubkkan. Pada masa itulah kita diberi peluang untuk merasai kehebatan dan kekuasaan yang Allah berikan buat insan-insan terpilih. Berjuanglah!

Sumber: Pelikdunia.com

The post 7 Teknik Supaya Kurang Rasa Sakit Ketika Proses Bersalin appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel 7 Teknik Supaya Kurang Rasa Sakit Ketika Proses Bersalin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 7 Teknik Supaya Kurang Rasa Sakit Ketika Proses Bersalin

Postingan terkait: