Baru-baru ini, satu akhbar Malaysia telah menerbitkan satu senarai semakan gay dalam terbitan mereka yang menjadi perbualan hangat media di media sosial. Senarai tersebut memasukkan beberapa perkara seperti menjadi ahli gim atau menyimpan janggut adalah satu tanda seorang lelaki itu homoseksual.
Senarai tersebut turut memaparkan satu artikel ulama Islam, Hanafiah Malik berkaitan kebangkitan homoseksual, yang dianggap umat Islam sebagai berdosa.
“Mereka suka pergi ke gim tetapi bukan untuk bersenam, tetapi untuk memikat lelaki lain,” antara yang tertulis dalam senarai. Gemar menyimpan janggut, menggunakan pakaian berjenama dan mata mereka bersinar apabila melihat seorang lelaki kacak.
Sementara itu, memeluk, memegang tangan, bersendirian dan bercakap tentang lelaki, adalah cara yang pasti untuk mengatakan seseorang adalah seorang lesbian, menurut senarai itu.
Golongan LGBT, dilihat sebagai satu ancaman di Malaysia. Hanafiah Malik, turut memberitahu bahawa perkara ini perlu dibanteras dengan kadar segera untuk menghentikan “peningkatan” golongan homoseksual.
Hanafiah Malik juga menyatakan bahawa “khunsa,” atau hermaphrodites, harus menjalani pembedahan untuk membuang salah satu set alat kelamin mereka.
Walau bagaimanapun, artikel tersebut tidak dipersetujui oleh semua orang. Arwind Kumar, salah seorang youtuber popular di Malaysia, mengupas perihal artikel tersebut.
“Saya kenal ramai paderi, saya kenal ramai ustaz [ulama Islam], saya tahu ramai orang yang beragama suka simpan janggut. Adakah anda cuba mengatakan bahawa mereka adalah ini gay? Betapa bodohnya isi seluruh artikel ini,” katanya.
“Jika anda benar-benar mahu mendidik masyarakat, jelaskan kepada mereka ciri-ciri pedofil, pencabul, pembunuh, penculik, orang yang sebetulnya membahayakan nyawa orang lain. Bagaimanakah pula golongan gay boleh membahayakan nyawa anda?”
Sumber: RT
The post Pergi Gym Tanda Anda Seorang Gay? appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Pergi Gym Tanda Anda Seorang Gay?