Bercinta bagai nak rak lamanya tidak dijamin bakal berhujung ke pelaminan, apalagi bila bercinta dalam jarak waktu singkat. Persoalannya, berapa lama pasangan kekasih bercinta sebelum kahwin?
Profesor Terri Orbuch, PhD., Dari Oakland University di Michigan yang juga merupakan penulis 5 Simple Steps to Take Your Marriage From Good to Great mengatakan kepada Health bahawa terburu-buru menikah berpotensi munculnya banyak masalah dalam rumah tangga.
“Mereka yang berkahwin terlalu cepat dibutakan oleh hasrat, nafsu, dan kegembiraan yang muncul pada awal hubungan awal. Mereka termotivasi cepat-cepat merasmikan hubungan, kerana hasrat dan seksual yang ada, dan perlu diketahui bahwa nafsu hampir menjadi obsesi yang datang bersamaan sepanjang masa anda akan memikirkan orang itu tanpa henti, tanpa menilik seputar kehidupan dan keperibadiannya,” jelasnya panjang lebar.
Orbuch menasihati, pasangan yang mahu berkahwin sebaiknya mengajukan tiga pertanyaan kepada diri sendiri untuk membantu menentukan berapa siap mereka naik pelaminan.
“Pertama, apakah anda percaya satu sama lain? Kedua, apakah anda siap menangani konflik dan stres dengan baik? Dan ketiga, apakah anda akan saling berkongsi?”
Menurutnya, dua bulan tidak terlalu lama membangun kepercayaan, mengidentifikasi apakah anda memiliki kesamaan dalam kehidupan nilai, dan menangani perselisihan dan konflik dengan baik.
Apabila pasangan berada dalam kegolakan hasrat atau nafsu, mereka tidak dapat benar-benar melihat, mengamati, atau mengenali pasangan sejati. Sebaliknya, mereka dibutakan oleh cinta yang gairah dan mengidealisasikan pasangan lain.
Semantara itu, kajian lain menunjukkan bahawa setidaknya 12 hingga 18 bulan untuk mengenal siapa kekasih anda yang sebenarnya.
“Di masa depan, apabila sesuatu yang besar berlaku atau peristiwa trauma berlaku, adakah mereka boleh bersandar pada yang lain dan mengatasi masalah dengan baik?” tanya Orbuch.
Namun, mempertahankan bahwa jika masing-masing pasangan tahu siapa mereka dan apa yang dikehendakinya, pasangan yang bercinta hanya beberapa bulan mungkin berpotensi membangun rumah tangga seumur hidup.
“Sebagai seorang individu, anda mungkin tahu apa yang anda inginkan dan perlu di pasangan, dan ketika anda menemukan, lanjutkan. Jangan buang-buang waktu,” tambahnya.
The post Berapa Lama Anda Perlu Bercinta Sebelum Berkahwin? – Kajian appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Berapa Lama Anda Perlu Bercinta Sebelum Berkahwin? – Kajian