Tidak dapat dinafikan kisah percintaan dan rumahtangga Shuib Sepahtu dan Siti Sarah sering mendapat perhatian netizen Malaysia.
Malah, sehingga ada yang Shuib sebagai idola kerana mampu mengubah kehidupan dirinya dan keluarga ke arah yang lebih baik, malah turut menghargai isterinya itu dengan pelbagai kejutan.
Dalam perkembangan terbaru, perubahan Siti Sarah yang kini mula bertudung mula mencetuskan tanda tanya kepada peminat samada penyanyi wanita ini telah pun berhijrah sepenuhnya atau sekadar masih lagi dalam mood baru balik umrah.
“Sebagai seorang suami saya bersyukur dan seronok melihat isteri saya bertudung. Tetapi saya tak mahu ada paksaan, biarlah dia sendiri yang buat keputusan. Kalau dia sayang saya kerana Allah, then dia pakai,” kata Shuib kepada Astro Gempak.
Sementara itu bagi Sarah pula buat masa ini, dia selesa mengenakan hijab selain turut berharap agar peminat mendoakan yang terbaik buatnya.
“Kalau Shuib tanya pun saya tidak boleh memberikan jawapannya. Jika saya nak bertudung pun, saya akan pakai terus. Tak ada nak buat pengumuman. Buat masa sekarang, saya selesa bertudung dan meminta agar semua peminat mendoakan saya,” jelas Siti Sarah.
Tahun ini, Shuib dan Siti Sarah berpeluang mengerjakan umrah bersama selam 10 hari pertama Ramadan di sana. Akhir kata, doakan yang baik-baik buat pasangan ini.
The post ‘Kalau Sayang Saya Kerana Allah, Dia Akan Pakai’ – Shuib Sepahtu appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel ‘Kalau Sayang Saya Kerana Allah, Dia Akan Pakai’ – Shuib Sepahtu