Surtsey merupakan sebuah pulau gunung berapi dan menjadi salah satu dari pulau termuda di dunia yang paling terkenal. Terletaknya di Samudera Atlantik, di sekitar 30 kilometer dari pantai selatan Islandia.
Menurut “Amusing Planet”, usia Surtsey kira-kira sekitar lima puluhan. Pulau ini ‘lahir’ pada 14 November 1963, merupakan revolusi gunung berapi bawah laut yang berada pada kedalaman 130 meter Laut Norwegia.
Surtsey lahir dari tompokan lava yang meletus dari letusan gunung berapi bawah laut. Setelah terjadi letusan demi letusan, ia terus menjadi daratan yang luas iaitu daratan pulau Surtsey kini. Menurut perkiraan letusan terakhir terjadi pada 5 Jun 1967. Pada saat itu luas Surtsey sudah bertambah 2.7 kilometer persegi.
Kelahiran Surtsey yang luar biasa disaksikan oleh sejumlah anak kapal yang sedang berlayar pada mulanya mereka menyangka sedang melihat banyak kepulan asap yang tercetus berasal dari kapal yang terbakar.
Pada mulanya pulau itu dinamakan Surtur, seperti dewa api dalam mitos Nordik. Tidak sampai tiga minggu Surtsey lahir, pulau itu sudah pun dikunjungi oleh para peneliti. Tiga orang peneliti dari Perancis telah menjejakkan kaki di atas daratan Surtsey yang masih membara.
Walaubagaimanapun, bukan sebarang orang yang boleh datang ke pulau ini dengan alasan keselamatan dan kelangsungan hidup di pulau ini.
Sejak tahun 1965, Surtsey telah dirasmikan sebagai rizab dan termasuk dalam daftar Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pulau ini sengaja dibiarkan tanpa penghuni untuk kepentingan kajian. Struktur alamnya dijaga ketat supaya sentiasa suci. Tujuannya adalah untuk mengetahui bagaimana terbentuknya kehidupan secara semulajadi.
Hanya segelintir pengkaji yang boleh memasuki Surtsey. Itu pun dengan peraturan yang ketat. Tak boleh membawa, mengambil, atau mengubah apa-apa pun yang ada di sana.
Ketika satu tanaman tomato tumbuh di atasnya, para penyelidik terus menjadi gempar. Kerana tumbuhan itu tak mungkin tumbuh di sana tanpa biji yang disemai. Ternyata tomato tersebut berasal dari barang bawaan salah seorang penyelidik yang pernah sampai ke sana.
Salah satu makhluk hidup pertama yang ditemukan di Surtsey adalah lumut. Tumbuhan ini meliputi tanah dan batu-batu di sana. Pada tahun 2008, terdapat 69 spesis tanaman yang mampu tumbuh di sana. Sebanyak 12 spesis burung juga dijumpai di pulau itu, termasuk Fulmar, Camar, Guillemot, dan Puffin Atlantik.
Dataran tertinggi di Surtsey mencapai 174 meter di atas permukaan laut. Pada tahun 2012, luasnya menyusut hingga separuh dan ketinggian maksimum berubah menjadi 155 meter.
Oleh kerana ukurannya yang kecil disertai oleh perubahan yang drastik, Surtsey diramal tak mempunyai umur yang panjang, paling lama hanya seabad. Namun dari hasil perbincangan terkini para ilmuwan, mereka menemui bukti bahawa tahap hakisan yang melanda Surtsey mulai merosot.
Tanah di pulau Surtsey juga mulai mengeras. Boleh jadi pulau ini mampu bertahan lebih lama dari perkiraan semula.
Sumber: merdeka.com
The post Pulau Termuda Di Dunia, ‘Surtsey’ Yang Dilarang Untuk Dilawati Oleh Manusia appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Pulau Termuda Di Dunia, ‘Surtsey’ Yang Dilarang Untuk Dilawati Oleh Manusia