Tips Beli Kereta Buat Graduan Yang Baru Bekerja

Tips Beli Kereta Buat Graduan Yang Baru Bekerja - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tips Beli Kereta Buat Graduan Yang Baru Bekerja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Ada 3 sebab utama yang menyebabkan golongan belia diisytihar bankrap yang disebut olehetua Pengarah Jabatan Insolvensi Datuk Abdul Rahman Putra Taha : Pembiayaan sewa-beli kenderaan, kad kredit dan pembiayaan perumahan.

Atau lebih tepat lagi, 69.8% orang telah menjadi bankrap disebabkan 3 punca utama:

Sewa Beli Kenderaan – 26,801 kes, atau 27.6%
Pinjaman Peribadi – 22,153 kes, atau 22.8%
Pinjaman Perumahan – 18,819 kes, atau 19.4%

Boleh baca lanjut mengenainya di dalam 100,000 Rakyat Malaysia Bankrap Dan Ini 3 Punca Utama.

Beli Kereta Harga Pada 12 Bulan Gaji

Pakar kewangan ada menyarankan Rule of Thumb bagi membeli kenderaan, iaitu seseorang perlu membeli kenderaan dengan nilai 12 kali ganda gaji bulanan. Jika mengambil purata gaji permulaan fresh grad RM 2,000 sebulan, maka mereka perlu mencari kenderaan yang bernilai RM 24,000 dan ke bawah.

Setelah membuat semakan harga kenderaan, hanya kereta Axia 1000 E (Manual) sahaja yang didapati dalam julat harga 24k. Ya, kereta ini mungkin bukan pilihan kebanyakan graduan kerana tidak ada ‘standard’. Jadi apa pilihan lain yang boleh dipertimbangkan jika mereka inginkan kereta yang lebih berkualiti pada harga yang mampu milik?

Pilihan Lain – Kereta Secondhand

Membeli kereta second hand juga adalah idea yang baik. Ada yang mengatakan sangat berisiko untuk membeli kereta terpakai kerana jika berlku kerosakan, lebih banyak wang yang perlu dikeluarkan untuk membaikinya.

Oleh itu, kami ingin kongsikan anda beberapa tips memilih kenderaan terpakai agar pembelian ini memang berbaloi. Ikuti perkongsian Adib Yazid, seorang financial planner yang turut membeli kereta terpakai ketika beliau baru memulakan karier.

Freshie & Secondhand Car

Freshie, kalau baru graduate tu saya galakkan beli kereta second hand. Tak apa. Saya buat perkara sama, walaupun gaji boleh beli kereta baru.

Ya, kereta second hand ini memang tak gah. Kalau jumpa member selepas habis belajar masing-masing akan tayang kereta, akan sembang pasal kereta (antara lelaki). Rilek je bro. Pernah kena panggil kereta Batman, sebab beli kereta second hand ada spoiler macam Batman. Alhamdulillah, spoiler kereta tu dah tak tercabut. Jadi normal.

Tips beli kereta secondhand

  1. Jangan beli kereta yang modified keterlaluan. Lowered, sport rim besar nak mampus, pasang meter NOX la, tinted gelap, warna asal dah ubah, enjin dan ada Turbo. Elakkan.
  2. Jangan beli kereta sudah banyak pemilik. 5 tahun, satu owner. OK. 5 tahun, 3 owner. Elakkan.
  3. Buat homework, harga pasaran kereta. Tengok internet sudah. Tanya dealer. Tanya diskaun.
  4. Bunyikan kereta. Dengar bunyi enjin. Dulu belajar Automatif Mechanical, kena dengar bunyi enjin. Masih bawa geng kereta untuk buat survey sama-sama.
  5. Tengok bawah enjin. Basah dengan minyak, maksudnya ‘maintenance’ tak bagus. Ini pun belajar dari geng bengkel.
  6. Tengok ekzoz. Kalau berasap putih biru, carilah kereta lain.
  7. Buat henjutan setiap bucu kereta. Melantun 2 kali. Tinggalkan. Tak ingat apa rasionalnya.
  8. Buka aircond. Lambat sangat nak sejuk? Orang kata tinggalkan.
  9. Tengok cat. Kalau kereta dah 5 tahun, cat masih menyilau. Mungkin pernah accident, dan cat semula. Tak tahu. Korek-koreklah tanya orang jual kereta tu.
  10. Tengok mileage. Kereta dah 5 tahun, mileage baru 30,000KM. Maksudnya jarang pakai. Bagus. Kereta dah 5 tahun, mileage dah 200,000KM. Carilah kereta lain.

Tak perlu segan dengan kereta secondhand.

Anda masih muda, daripada menghabiskan wang untuk membayar ansuran bulanan kenderaan yang akan susut nilai selepas 9 tahun, lebih baik gunakan wang menabung untuk menunikan umrah atau haji. Juga boleh gunakan untuk buat simpanan pelaburan seperi ASB, simpanan untuk persiapan perkahwinan atau untuk membeli rumah pertama.

Sumber: Facebook/Adib Yazid

The post Tips Beli Kereta Buat Graduan Yang Baru Bekerja appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel Tips Beli Kereta Buat Graduan Yang Baru Bekerja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tips Beli Kereta Buat Graduan Yang Baru Bekerja

Postingan terkait: