Satu video menjijikkan beredar di media sosial, menunjukkan seorang wanita sedang minum air kencing anjing peliharaannya. Malah, menyatakan meminum air kencing anjing menyembuhkan jerawatnya.
Lynn Lew, perempuan Amerika yang wajahnya penuh dengan dandanan tebal dalam video itu mengatakan air kencing anjing memberi kesan pada kulit wajahnya yang diyakininya kini lebih berseri. Tidak sekadar itu, dia juga ada menyebut cara ini dapat mencegahnya dari penyakit kanser.
“Banyak yang bertanya, bagaimana kulit saya selalu nampak sihat, bagaimana warna rambut saya selalu nampak sempurna, atau bagaimana kulit saya selalu cerah secara semulajadi,” ujar Lew di awal videonya.
Wanita itu kemudian memegang gelas plastik sewaktu anjingnya membuang air kecil. Setelah selesai, dia terus bertindak meminum air kencing anjing itu.
“Dulu sebelum saya melakukan ini, saya sangat tertekan dengan jerawat yang hampir menutupi seluruh wajah, tetapi semuanya berubah ketika saya melakukannya untuk pertama kalinya,” tambahnya.
Lew mengaku bahawa air kencing anjing mengandung vitamin A, vitamin E, dan mengandungi 10 gram kalsium. Ini yang menjadikan Lew yakin bahawa air kencing anjing dapat menyembuhkan jerawat dan mencegah kanser.
Sebenarnya, minum air kencing samada haiwan atau manusia, yang dikenali sebagai terapi air kencing, telah lama dipraktikkan di zaman Romawi kuno, Yunani, dan Mesir.
Walaupun banyak yang mengakui bahawa kebiasaan itu mempunyai manfaat kesihatan, para ilmuan bersepakat bahawa meminum cairan sisa metabolisma berpotensi meracuni tubuh.
Joy McCarthy, seorang ahli gizi holistik, mengatakan bahawa air kencing anjing mengandungi racun seperti herbisida yang digunakan untuk merawat rumput di kebun sehingga tidak sesuai untuk diminum oleh manusia.
Sumber: Suara.com
The post Perempuan Minum Air Kencing Anjing Untuk Hilangkan Jerawat appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Perempuan Minum Air Kencing Anjing Untuk Hilangkan Jerawat