Setiap tahun masyarakat dunia membuang makanan sebanyak 1.3 bilion tan makanan yang jika dihitung, mampu diberikan kepada makan 2 bilion orang, memetik data dari FAO (Organisasi Makanan dan Pertanian).
Malah, daripada hasil kajian, terdapat 842 juta orang di dunia ini yang hidup dalam kelaparan. Oleh itu, jika anda boleh memberi 1/4 daripada makanan yang dibuang, jumlah itu cukup untuk memenuhi semua yang kelaparan di dunia ini.
Haiti adalah salah satu negara termiskin di dunia, dengan majoriti penduduknya sangat miskin, dan harus hidup berlapar setiap hari. Untuk mengenyangkan perut, mereka juga membuat “roti kering” dari tanah.
Mungkin anda masih tertanya-tanya, “Apa dia? Tanah? Biar betul..”
Jawapannya, Ya! tanah biasa. Ibu, suri rumah dan golongan wanita biasanya akan membuat doh dengan mencampurkan tanah, garam, dan minyak sayuran.
Selepas diadun, mereka juga membentuk tanah menjadi biskut bulat dan “dibakar” di bawah sinaran matahari.
Doktor dan pakar pemakanan di sana kerap memberi amaran kepada penduduk agar tidak makan roti dibuat dari tanah kerana tidak berkhasiat dan kotor. Bayangkan berapa banyak bakteria dan ulat yang terdapat di dalam tanah, apabila semua kuman ini masuk ke dalam badan, tentunya akan memberi kesan yang sangat buruk untuk kesihatan.
Tetapi, rakyatnya tidak berdaya dan pilihan lain, mereka tidak mempunyai wang untuk membeli makanan. Dari menanggung rasa kelaparan, apapun sanggup dilakukan, walaupun mereka tahu boleh menyebabkan penyakit.
Oleh kerana gambar-gambar ini tersebar, dunia telah memberi perhatian. Tanah yang biasanya kita gunakan sebagai taman permainan kanak-kanak dan bukannya digunakan sebagai bahan makanan.
Pelajaran yang boleh kita pelajari, jangan membazir makanan. Terima kebaikan dan hargai setiap makanan yang anda makan, bayangkan di luar sana berapa ramai orang yang ingin makan tetapi tidak berkemampuan.
Tonton lagi video pendek berikut ini:
Sumber: Elitereaders
The post Kerana Terlalu Miskin, Komuniti Di Haiti Terpaksa Makan Roti Yang Dibuat Dari Tanah appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Kerana Terlalu Miskin, Komuniti Di Haiti Terpaksa Makan Roti Yang Dibuat Dari Tanah