Untuk kelihatan menarik di mata orang lain terutama lelaki, kecantikan adalah tarikan utama wanita. Tetapi, siapa yang terfikir gadis yang dianugerahkan kecantikkan seperti anak patung Barbie malah tertekan kerana kecantikkan dirinya.
Wanita itu adalah Hannah Gregory (22), seorang gadis British yang mempunyai wajah yang cantik.
Hannah Gregory mempunyai badan langsing, kulit putih, rambut panjang yang cantik, hidung tajam dan mata bulat. Keindahan semulajadi ini membuatkan dia rasa tertekan kerana ramai lelaki yang tertarik kepadanya hanya kerana penampilan fizikal sahaja.
“Saya mendapati ramai lelaki mendekati saya hanya kerana sebab penampilan saya, dan bukan kerana keperibadian saya. Mereka tidak tahu bagaimana diri saya sebenarnya. Mereka hanya melihat saya seperti yang mereka melihat dari luar sahaja. Mereka memandang saya seperti anak patung, dan kemudian mereka mengejek saya secara seksual.”, kata pelajar cemerlang dari Skegby, Nottinghamshire, England tersebut.
Hannah juga mendakwa mempunyai pengalaman yang membuatnya faham bahawa lelaki tidak berminat untuk mengenali dirinya lebih dalam sehingga menjadi teman hidupnya. Itulah sebabnya sehingga sekarang Hannah memilih untuk menyendiri.
“Apabila saya berjalan di jalanan, ramai yang melontarkan kata-kata yang tidak sopan. Saya tertekan.” tambahnya lagi.
Sumber: INAfeed
The post Syukurlah Tidak Cantik, Gadis ‘Barbie’ Akui Stres Kerana Kecantikannya appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Syukurlah Tidak Cantik, Gadis ‘Barbie’ Akui Stres Kerana Kecantikannya