Suami Mati Ditembak Perompak Cuba Lindungi Isteri Hamil

Suami Mati Ditembak Perompak Cuba Lindungi Isteri Hamil - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suami Mati Ditembak Perompak Cuba Lindungi Isteri Hamil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Seorang lelaki berusia 51 tahun maut di Okland, California ketika cuba melindungi isterinya yang hamil dari perompak.

Memetik laman Nextshark, dalam kejadian 22 Mei, sekumpulan perompak memecah masuk kediaman Hoan Lieu dan mengancam isterinya, Kat, 38, yang sedang menonton televisyen.

Lieu pada ketika itu berada di bilik lain bergegas menyelamatkan isterinya tetapi ditembak mati dan suspek terus melarikan diri.

Adik mangsa, Chris, berkata, abangnya cuba melindungi isterinya dari dicederakan oleh suspek.

“Di fikiran saya, dialah (Lieu) hero. Dialah yang sanggup berkorban nyawa untuk melindungi isteri dan zuriatnya yang masih dalam kandungan.

Lieu dan keluarganya berhijrah dari China ke Amerika pada tahun 80-an. Lieu kemudian menemui pasangannya, Kat, dan mendirikan rumah tangga pada Disember 2015. Kat kemudian disahkan hamil dan dijangka akan bersalin pada Ogos 2018. Pasangan itu juga berhasrat menamakan anak mereka sebagai Benjamin.

“Dia sangat gembira dengan keluarganya, Malah dia bekerja keras selepas mendapat tahu Kat mengandung,” kata Chris.

Lieu bekerja sebagai pemandu Uber, buruh pembinaan dan melakukan kerja-kerja pemasangan sistem bunyi untuk pelbagai majlis/acara.

Susulan kejadian itu, Chris mewujudkan tabung sumbangan (GoFundMe) untuk membantu keluarga Kat dan kandungannya. Setakat ini, kempen itu telah mengutip dana sebanyak US$34,422 dari sasaran US$100,000 dalam masa lima hari pertama.

Ketika ini, Kat tinggal bersama keluarga suaminya dan Chris berkata, Kat boleh tinggal bersama mereka selama mana yang dia perlukan.

“Kat sangat sedih dengan pemergian suaminya. Setiap saat dia akan memikirkan tentang abang saya dan menangis. Tetapi dia juga tahu dia tidak boleh terlalu membawa perasaannya kerana ia boleh menjejaskan kandungannya.

“Abang saya adalah punca pendapatan keluarganya, kini dia telah ‘pergi’. Kat dan Benjamin perlukan bantuan kewangan. Segala sumbangan anda akan disalurkan kepada Kat dan Benjamin melalui detik-detik sukar ini dan sedikit sebanyak menjamin masa depan Benjamin,” katanya.

Difahamkan, pihak berkuasa juga menawarkan ganjaran US$15,000 kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai suspek.

The post Suami Mati Ditembak Perompak Cuba Lindungi Isteri Hamil appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel Suami Mati Ditembak Perompak Cuba Lindungi Isteri Hamil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suami Mati Ditembak Perompak Cuba Lindungi Isteri Hamil

Postingan terkait: