Tanpa kita sedari, sebenarnya barang yang dianggap selamat digunakan untuk bayi anda, berisiko untuk membahayakan mereka. Ada sesetengah ibu berfikir bahawa hanya permainan bersaiz kecil sahaja bahaya untuk bayi, kerana takut tertelan barang tersebut. Tetapi sebenarnya tidak!
Bantal yang anda rasa selamat untuk dibiarkan dan dipakai oleh bayi anda juga berisiko untuk membahayakan bayi anda. Jadi, adakah anda benar-benar pasti bahawa setiap barang disekeliling bayi anda selamat?
Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak, sudah pasti setiap barangan yang dibeli dan yang harus berada di sekeliling anak hanyalah barangan yang selamat untuk bayi. Tetapi siapa sangka bahawa barangan yang dianggap paling selamat sekalipun mampu membunuh bayi anda!
Ikuti perkongsian dari Dr. Taufiq Razif, mengenai tiga benda yang comel tapi sebenarnya bahaya kepada anak-anak. Semoga bermanfaat.
Semua Mak Ayah Wajib Tahu Bahaya 3 Benda Comel Ni Pada Anak Mereka
Sarung tangan bayi
Ramai mak ayah tak tahu yang bayi ni sebenarnya gunakan jari jemari mereka ni untuk meransang otak mereka. Makin banyak sentuhan dan ransangan taktil, makin cepat berkembang otak anak kita.
Dan disebabkan itu, setelah anak mencecah umur 2 atau 3 bulan, pastikan jangan pakaikan sarung tangan kepada mereka. Biar mereka dapat menyentuh kulit mereka dan sekaligus merangsang otak.
Ini adalah penting untuk mereka meneroka apa sahaja yang ada disekelilingnya. Biar mereka merasa genggaman jari anda tanpa sebarang alas, dan itu lebih baik.
Walker
Ibu bapa harus berhati-hati jika mahu membiarkan anak-anak bermain di dalam walker. Ini kerana risiko untuk anak anda mendapat kecederaan itu tinggi.
Banyak kes dimana anak terkena air panas kerana mereka mampu bergerak pantas hingga ke dapur dan sekaligus mampu mencapai gelas mahupun pemanas air elektrik.
Ianya tidak mustahil untuk anak anda yang terlalu aktif. Ibu bapa perlu sentiasa memantau anak agar tidak berlakunya kecederaan serius. Dan bagi sesetengah ibu bapa berfikir bahawa dengan menggunakan walker mampu mengajar anak cepat berjalan. Sebenarnya itu adalah salah satu faktor mengapa anak anda lambat berjalan, ini kerana mereka hanya akan mahu bergantung kepada walker sahaja nntuk bergerak.
Bantal
Bagi ibu bapa, bantal itu adalah keperluan penting bagi bayi. Iya! Memang penting untuk keselesaan bayi anda, namun anda harus waspada. Kerana ianya berisiko menyebabkan kematian.
Ini kerana bantal hiasan boleh menyebabkan anak kita susah bernafas dan lemas!
Memang bukan senang untuk menjaga keselamatan anak-anak, namun jika benar-benar anda mengambil berat, segalanya akan jadi mudah bila anda lebih mengutamakan keselamatan anak-anak.
Sumber: Facebook/Dr. Taufiq Razif
The post 3 Benda Yang Dianggap Comel Dan Penting Untuk Anak Anda, Tetapi Sebenarnya Sangat Bahaya Untuk Mereka appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel 3 Benda Yang Dianggap Comel Dan Penting Untuk Anak Anda, Tetapi Sebenarnya Sangat Bahaya Untuk Mereka