Tips Hilangkan Jerawat Lama Menggunakan Bahan Semulajadi

Tips Hilangkan Jerawat Lama Menggunakan Bahan Semulajadi - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tips Hilangkan Jerawat Lama Menggunakan Bahan Semulajadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Kesan parut lama yang sangat sukar untuk hilang boleh membuatkan anda rasa segan untuk berhadapan dengan orang ramai. Sudah bermacam cara digunakan, sudah beratus ringgit dihabiskan untuk merawat masalah kulit berparut, namun masih juga tidak hilang, malah jika tidak sesuai dengan kulit, bukan makin pulih, malah makin teruk pula jadinya.

Sebenarnya ada cara semulajadi yang boleh anda amalkan bagi menghilangkan kesan jerawat dengan lebih berkesan. Bukan sahaja menjimatkan duit anda, malah senang untuk didapati.

Kulit kayu manis dan bedak sejuk

Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis sampai jadi serbuk halus.

Kemudian, campurkan serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk dan tambah sedikit air.

Bila dah siap, lumurkan pada parut di muka. Buat sekerap yang mungkin, dan kelamaan parut akan pudar dan hilang. Ini juga sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka anda.

Lidah buaya( aloe vera )

Bahan ini susah sikit nak cari bagi sesetengah orang. Tapi anda tetap boleh cuba juga kalau nak. Gunakan daun lidah buaya. Daun lidah buaya itu dibelah supaya lendirnya keluar dan sapukan lendir dain itu pada parut. Buat tiga kali seminggu dan parut akan hilang.

Asam Jawa

Ambil sikit asam jawa, kemudian campurkan dengan sedikit air. Pastikan jangan terlalu pekat. Sapukan campuran itu pada tempat yang berparut. Biarkan sampai kering. Sebaiknya buat pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, kelamaan nanti parut akan pudar dan hilang.

Madu

Jika anda ambil madu setiap pagi untuk ketahanan badan, ianya juga mampu memberi manfaat kepada kulit anda. Ambil sikit madu dan campurkan sikit dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut pada tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali

Timun

Letakkan timun pada pengisar dan tapiskan airnya. Tempelkan hampas timun pada muka. Biar dalam setengah jam dan cuci bersih dengan air suam.

Daun senduduk

Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka 2 kali seminggu.

Daun sirih muda

Sirih muda bukan sahaja dimanakan atau direbut untuk kesihatan dalaman, malah boleh dibuat masker bagi menghilangkan kesan jerawat.

Tumbuk beberapa helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Dah kering, cuci muka dengan air bersih. Cuba amalkan 3 kali seminggu

Selamat mencuba!

Sumber: Pelikdunia.com

The post Tips Hilangkan Jerawat Lama Menggunakan Bahan Semulajadi appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel Tips Hilangkan Jerawat Lama Menggunakan Bahan Semulajadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tips Hilangkan Jerawat Lama Menggunakan Bahan Semulajadi

Postingan terkait: