Ramai yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit hanya kerana obses hendak kurus, tanpa memikirkan kesan yang bakal dialami, mereka sanggup menanggung risiko memakan ubat kurus.
Wanita dengan kecantikkan sememangnya tidak dapat dipisahkan, apatahlagi apabila selepas melahirkan anak, sudah pasti lemak timbul sana dan sini, hati mana yang tidak resah, mata mana yang tidak sakit melihat. Ada diantara mereka yang suka mengambil jalan pintas untuk kurus dengan mengambil ubat kurus walaupun baru sahaja lepas bersalin.
Sebenarnya, dalam berpantang pun ibu-ibu mampu mendapatkan bentuk badan ideal jika benar-benar mengamalkan pantang yang betul. Tetapi dengan iklan dan janji-janji manis penjual produk yang menjanjikan bentuk badan kembali langsing selepas bersalin, ramai yang mudah terperdaya dan terus membelinya tanpa berfikir panjang! Dan akhirnya memakan diri sendiri.
Inilah yang telah terjadi kepada Ida, seorang wanita yang kini terlantar di katil hospital dan dipasang dengan mesin sokongan hidup. Kisahnya menjadi viral selepas video dan gambarnya dimuat naik oleh Azriel Ariel di Facebook Oktober tahun lepas.
Jangan ambil sebarang ubat pelangsing badan/teh diet tanpa menyemak dulu kalau produk itu didaftar, selamat ataupun tidak kerana ia boleh merbahayakan.
Akibat mengambil teh diet sebarangan, Ida telah mengalami komplikasi abdomen yang merebak ke usus sehingga ia hancur.
Doktor berkata Ida tidak mempunyai harapan untuk hidup lagi, dan keluarganya telah menandatangani kelulusan untuk mematikan mesin sokongan hayat.
Selepas beberapa jam, Ida telah meninggalkan dunia secara senyap-senyap.
Berikut adalah video Ida, ketika dia masih hidup dan terlantar di Hospital Zhongshan, Taichung.
Posted by Azriel Ariel on Friday, 21 October 2016
Bahaya teh diet sembarangan
Teh pelangsing bertindak sebagai julap atau ubat pencuci perut yang membantu mengosongkan kandungan usus, dan perut akan rasa kosong untuk lebih lama (terasa seperti perut rata).
Risiko mengambil teh ini untuk jangka panjang, ialah gangguan kepada keseimbangan elektrolit dalam tubuh yang akan mengganggu fungsi sel-sel lain dalam tubuh.Yang paling membimbangkan adalah kehadiran campuran bahan kimia yang digunakan di dalam teh pelangsing.
Biasanya produk seperti ini akan ditambah bahan-bahan lain untuk melangsingkan badan dengan cepat.
Kita tidak tahu kesan sampingan mengambil ubat kurus, pil pelangsing badan ataupun teh diet, dan kewujudan bahan kimia di dalamnya boleh memudaratkan kita, terutama jika digunakan tanpa pengawasan.
Semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia.
Sumber: Pharmacy.gov.my , Kementerian Kesihatan Malaysia , My.theasianparent.com , Facebook/~Azriel Ariel
The post Usus Ibu Ini Hancur Akibat Minum Teh Diet! Kesan Bahaya Ubat Kurus appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Usus Ibu Ini Hancur Akibat Minum Teh Diet! Kesan Bahaya Ubat Kurus