Dalam merawat penyakit, rempah ratus sangat berguna namun terdapat satu kajian yang dijalankan di China mengatakan penggunaan cili ada kaitan dengan kematian manusia.
Kajian yang dijalankan di Kolej Perubatan Larner di Universiti Vermont itu telah mengesahkan pengambilan rempah dalam jumlah yang mencukupi dapat mengurangkan risiko mati secara tiba-tiba sebanyak 13 peratus!
Pengambilan cili dalam jangka masa yang panjang dapat memberikan nutrisi yang dapat memanjangkan jangka hayat seseorang. Capsaicin, komponen yang aktif dalam cili boleh mengurangkan keradangan ujarDr Benjamin Litternberg.
Selain itu, capsaicin turut digunakan untuk merawat sakit sendi dan sangat berkesan untuk mengurangkan kesakitan pada otot dan sakit belakang. Ia turut memainkan peranan penting dan mekanisma selular dan molekular yang mana mengelakkan obesiti dan membantu peredaran darah.
Pasti ramai antara anda yang gemar makanan pedas, bukan? Semoga kita diberkati dengan umur yang panjang!
The post Orang Suka Makan Makanan Pedas Hidup Lebih Lama – Kajian appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Orang Suka Makan Makanan Pedas Hidup Lebih Lama – Kajian