Kata orang tua-tua, sayangkan anak tangan-tangankan, bukan memanjakan anak sehingga akhirnya terjebak dengan perkara yang tidak elok, apayah lagi apabila sudah tahu anak telah melakukan kesalahan, sebagai ibu bapa seharusnya melarang anak dan menasihati anak, bukan menggalakkannya.
Baru-baru ini tular apabila cubaan seorang warga emas cuba menyeludup dadah masuk ke dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk anak perempuannya yang berada dalam tahanan, namun berjaya dikesan oleh pihak berkuasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, lelaki yang berusia 60 tahun itu ditahan pada jam 11 pagi ketika dia datang ke balai bolis tersebut untuk menyerahkan sebuah beg untuk anak perempuannya yang ditahan atas kesalahan dadah.
Pihak polis kemudian bertindak menahan dan memeriksa beg lelaki sambil disaksikan oleh seorang polis pengiring selepas tindak tanduk warga emas itu mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan menemui sebuah kotak ‘power bank’ berwarna hitam dan di dalamnya ada satu paket plastik lut sinar mengandungi dadah jenis heroin dianggarkan seberat 13.98 gram.
“Satu paket plastik lut sinar mengandungi dadah jenis syabu seberat kira-kira 0.98 gram turut ada di dalam beg berkenaan,” katanya lagi.
Ujarnya lagi, jumlah barangan yang dirampas termasuk dadah dianggarkan bernilai RM 1500 manakala ayah kepada tahanan tersebut kini juga turut ditahan.
Mohammad turut menambah bahawa suspek didapati positif dadah selepas menjalani ujian saringan air kencing serta turut mempunyai rekod jenayah lampau.
“Suspek yang tidak bekerja itu kini ditahan reman sehingga 15 November ini untuk siasatan.
“Pihak polis juga ingin menasihatkan ibu bapa supaya tidak memanjakan anak sehingga sanggup menggadai diri sendiri untuk memberikan dadah kepada anak,” katanya.
Sayangkan anak biar la bertempat, jangan pula menambah masalah anak yang sudah pun berada di dalam penjara, sebaiknya sebagai ibu bapa, doakan yang terbaik untuk anak-anak.
Sumber: Sinarharian.com.my
The post Warga Emas Ditahan Cuba Bekal Dadah Untuk Anak Dalam Lokap appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Warga Emas Ditahan Cuba Bekal Dadah Untuk Anak Dalam Lokap