Jika Proton berjaya menghasilkan kereta terbang ini pada tahun 2019 ini berkemungkinan besar kita melihat kereta terbang di ruang udara Malaysia kelak.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Li Chunrong berkata Proton akan menghasilkan 3 model kereta canggih untuk pasaran Malaysia seawal 2019.
3 model berkenaan adalah kereta pemanduan automatik, kereta berkuasa elektrik sepenuhnya dan satu model kereta terbang.
Selain itu, Proton juga akan menaikkan kualiti 6 model yang sedia ada untuk meningkatkan daya saing Proton dengan jenama-jenama kereta lain yang ada di pasaran Malaysia.
24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan 49.9% sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), gergasi automotif China yang sebelum ini turut mengambil alih jenama Volvo dari Sweden.
Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) mengambil alih saham Proton sebanyak 49.9% pertengahan tahun ini dan syarikat gergasi China ini juga turut membeli jenama kereta terkenal dari Sweden, Volvo.
Kereta terbang ini bukan satu cerita dongeng dan kemungkinan besar ianya dapat dihasilkan pada tahun 2019. Geely telah membeli syarikat kereta terbang start-up Amerika Syarikat, Terrafugia dengan satu nilai yang tidak dinyatakan baru-baru ini.
Sumber: Free Malaysian Today
The post Proton Mahu Keluarkan Kereta Terbang Pada Tahun 2019 appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Proton Mahu Keluarkan Kereta Terbang Pada Tahun 2019