Satu kajian yang dijalankan mendapati salah satu sebab dan alasan seorang isteri tidak boleh memandang remeh perihal kecurangan seorang suami.
Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 itu mendapati antara punca utama perceraian hari ini adalah disebabkan suami curang atau isteri enggan dimadukan yang mencatatkan jumlah sebanyak 12 peratus, selain sikap suami yang tidak bertanggungjawab dengan 11.5 peratus.
Dicurangi suami, perkahwinan yang dibina bakal musnah jika tindakan sewajarnya tidak diambil. Namun, tindakan yang patut diambil adalah perlu mengikut kewarasan akal kita sebagai manusia sejagat.
Ya, hati mana yang tidak terluka jika suami yang kita sayangi bermain kasih dengan perempuan lain. Jangan sesekali pula kita menganiayai orang lain. Seperti luahan seorang isteri berikut ini yang dicurangi oleh suaminya. Silalah kita mengambil pedoman dan intisari sebagai pengajaran buat diri kita sendiri.
Setahun Menyamar Jadi ‘Lelaki’ Gilakan Skandal Suami…
Dulu, ada seorang perempuan ini gilakan laki aku. Laki aku pun sama, gilakan dia juga. Tetapi dia tak tahu apa yang aku boleh buat.
Aku menyamar menjadi lelaki lain di WeChat. Yang bodohnya, perempuan itu boleh pula percaya. Siap tangkap cintan, dia tinggalkan laki aku. Aku acah-acah sikit dengan ayat-ayat manis. Aku minta gambar tanpa seurat benang, dia boleh pula bagi dengan mudah. Bukan satu gambar, tetapi berpuluh-puluh gambar dia hantar kat aku.“Bodohnya alahai…”
Ingat senang ke nak bagi dia pecaya? Memang susahlah. Tetapi aku maintain confident. Niat aku satu saja, supaya dia jauh dari suami aku. Pernah juga dia syak aku isteri laki aku. Tetapi macam biasa, aku memang confident. Dia pula memang jatuh cinta habis. Punyalah bangang kan? Tetapi itulah hakikatnya.
Trick aku bermula, aku nak tengoklah betul ke perempuan ini baik seperti yang diagungkan oleh laki aku ni dulu? Katanya tak sosial, jaga agama dan maruah. Tetapi bila aku ayat sikit dengan kata-kata jiwang, dia dengan mudahnya boleh beri apa yang aku minta.
Aku saja trick minta gambar tanpa seurat benang dia, dia bagi betul-betul. Aku langsung tak menyangka dia semurah itu. Dia minta juga aku beri gambar yang sama, kau tahu apa yang aku buat? Jenuh pula aku nak Google gambar lelaki tanpa seurat benang entah siapa-siapa di internet. Tetapi dia percaya juga.
Dia gilakan laki aku dekat 7 bulan, aku pula menyamar menjadi lelaki yang gilakan dia sampai setahun lamanya. Sebab aku nak betul-betul clear yang dia tak kacau laki aku dah. Setiap apa yang dia buat, semua dia beritahu. Siap snap gambar lagi. Bukti katanya.
Korek punya korek, macam-macam cerita yang aku tahu. Jadi, laki aku pun tak boleh tipu. Kadang-kadang aku drama sikit konon-kononnya tak tahu. Padahal semua dalam kepala otak dan last memang aku biarkan dia begitu saja.
Last-last laki aku kembali ke pangkuan aku. Ya, aku maafkan dia tetapi aku nak percayakan dia balik, memang makan bertahun-tahunlah nampaknya.
Sekarang dia dah kahwin. Tetapi si bodoh gila ini masih menganggu aku di WeChat menagih simpati. Masih ada rasa sayang katanya.
Apa kejadahnya perempuan seperti ini? Dah kahwin pun masih nak menggatal dengan lelaki yang tak wujud buat apa? Semua koleksi gambar tanpa seurat benang dia aku masih simpan. Kalau dia buat hal, aku tabur gambar-gambar dia macam lukisan nanti. Jadi, jangan main-main dengan aku.
Setiap apa yang kau buat pada aku dan keluarga aku, sampai mati aku takkan pernah lupa. Aku takkan lupa sikap dan watak lemah lembut kau. Berpurdahnya kau, alimnya kau, tetapi perangai kau macam syaitan 200%.
Dia antara perempuan yang bodoh percayakan lelaki yang tidak pernah wujud depan mata. Yang tidak pernah dengar suara, tak pernah ada nombor telefon, semata-mata ada gambar dan berhubung melalui WeChat sahaja.
“Kau memang dasar perempuan bodoh,”
Buat perempuan yang acah-acah nak jadi perampas suami orang, kena tahu kemampuan seorang isteri. Hanya isteri yang tahu apa itu seorang isteri.
Sumber: Facebook/~KRT
The post ‘Aku Saja Trick Minta Gambar Tanpa Seurat Benang Dia, Dia Bagi Betul-Betul!’ – Luahan Seorang Isteri appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel ‘Aku Saja Trick Minta Gambar Tanpa Seurat Benang Dia, Dia Bagi Betul-Betul!’ – Luahan Seorang Isteri