Antara lima perkara dari Rukun Islam adalah menunaikan haji ialah salah satu daripadanya umat Islam digalakkan melakukan ibadah ini sekali seumur hidup.
Namun, sejak kebelakangan ini melakukan umrah juga semakin popular dan berlaku fenomena baru ‘selfie’ di tempat-tempat suci seperti Raudhah dan Kaabah.
Sejak 15 November lalu, mengambil gambar swafoto di Masjidil Haram dan Al Nabawi tidak lagi dibenarkan.
Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan arahan larangan ini bagi mengurangkan gangguan umat beribadah dan mengekalkan imej suci kedua-dua masjid utama penganut Islam ini.
Sejak peranti pintar digunakan secara meluas, ramai berkongsi foto kenang-kenangan sebagai peringatan. Tetapi ia menyebabkan gangguan dan halangan kepada umat yang cuba melakukan ibadah dengan tenang.
Tindakan ini mungkin mendatangkan kesedihan bagi mereka yang hanya mahu mengambil gambar kenang-kenangan. Namun harus diakui imej suci Kaabah sedikit tercalar dengan gambar selfie yang amat kerap dimuat naik ke media sosial seakan-akan menjadikannya sebuah destinasi pelancongan bukannya destinasi ibadah.
Sumber: The Star
The post Kerajaan Saudi Haramkan ‘Selfie’ Di Masjidil Haram Dan Al Nabawi appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Saudi Haramkan ‘Selfie’ Di Masjidil Haram Dan Al Nabawi