Misteri Kematian Along Spoon Akhirnya Terjawab!

Misteri Kematian Along Spoon Akhirnya Terjawab! - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Misteri Kematian Along Spoon Akhirnya Terjawab!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Sudah agak lama kes kematian Vokalis kumpulan Spoon, Along Spoon, akhirnya terjawab. Ramai peminat-peminatnya yang terkejut dengan berita kematiannya yang dikhabarkan telah dibunuh dengan begitu kejam.

Along Spoon yang cukup popular dengan lagu nyanyian Rindu Serindu-Rindunya. Mereka yang membesar dengan lagu-lagu pada era-90an pasti cukup mengenali beliau ini. Memiliki aura yang luar biasa mampu memikat jutaan wanita yang mendengarnya.

Along Spoon atau nama sebenarnya, Sabi’ul Malik Shafiee pernah mencetuskan satu fenomena dalam industri hiburan tanah air pada ketika itu. Kumpulan Spoon yang diketuai oleh Along yang memiliki suara yang mantap telah berjaya menerbitkan dua buah album terbaik iaitu Spoon – Spoon (1998), Spoon – Kembali Merindu (1999).

Kemantapan Spoon telah disenaraikan dalam kumpulan slow rock terbaik pada era itu, dan ketika itu jugalah terciptanya kegemilangan lagu-lagu jiwang yang ter’best’ dalam sejarah industri muzik Malaysia.

Ketika di era kegemilangannya, Along dilaporkan hilang. Kehilangannya menjadi tanda tanya para peminat setianya, begitu juga dengan ahli keluarga dan rakan sekumpulannya. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena, hilang sekelip mata dan membuatkan ramai orang rasa bimbang.

Masing-masing bagai hilang keruan dengan kehilangan itu. Namun, selepas 10 hari akhirnya kehilangan Along terjawab. apabila polis menjumpainya dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa.

Along telah menjadi mangsa pembunuhan kejam di lereng bukit Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu Negeri Sembilan. Ikuti kronologi kes pembunuhannya.

Kronologi kes pembunuhan Along Spoon

● 25 Disember 1999 – Penyanyi lagu Rindu Serindu-Rindunya, Sabi’ul Malik Shafiee yang lebih dikenali sebagai Along Spoon dilaporkan hilang. Ketika itu dia berusia 19 tahun.

● 6 Januari 2000 – Selepas 10 hari kehilangan Along, pihak polis menjumpai rangka manusia dipercayai jasad Along yang diikat dalam guni di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu.

Start advertising on Atomx!
● 7 Januari 2000 – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan Along Spoon.

● 19 Januari 2000 – Anggota polis dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur itu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh Along.

● 10 April 2002 – Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhi hukuman mati selepas mendapati Mohamed Ya’cob bersalah terhadap tuduhan pembunuhan ini.

● 29 September 2009 – Mohamed Ya’cob membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sabitan hukuman mati terhadapnya.

● 2 November 2010 – Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan hukuman mati ke atas Lans Koperal Mohamed Ya’cob yang diputuskan oleh Mahkamah Seremban pada 10 April 2002.

Pembunuh Along Spoon, Lans Koperal Mohamed Ya’cob . Misteri pembunuhan Along Spoon yang memakan masa selama 10 tahun selesai. Pembunuhan itu dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu anggota polis itu.

Semoga rohnya tenang bersama-sama golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah buat Arwah.

Sumber: Ohmymedia.cc

The post Misteri Kematian Along Spoon Akhirnya Terjawab! appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel Misteri Kematian Along Spoon Akhirnya Terjawab! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Misteri Kematian Along Spoon Akhirnya Terjawab!

Postingan terkait: