Pada era yang serba canggih kini, dah bermacam-macam cerita yang tak elok kita dengar. Apatah lagi kisah-kisah rumah tangga yang kebanyakkannya para isteri merungut yang suami dicintai dah tak macam mula-mula bercinta dulu.
Si isteri sanggup bersusah payah untuk suami dari tiada apa-apa sampai dah mampu. Apa yang mereka harapkan hanyalah kesetiaan,kejujuran dan keikhlasan dari lelaki dicintai terutamanya yang bergelar suami.
Di sini ada seorang wanita ingin berkongsi serba sedikit nasihat untuk dijadikan ikhtibar untuk pasangan suami isteri diluar sana.
“Tahun Ni Je Dah Banyak Kali Kantoi”
Memang tidak dapat dinafikan,kini layanan suamiku terhadapku hanya layan tak layan sahaja dengan alasan dia penat mencari rezeki untuk menanggung keluarga lagipula perbelanjaan sekarang amat tinggi. Tidak pernah terdetik langsung di hati untuk menyalahkan ketentuannya dengan apa yang telah terjadi ini.
Pada sesiapa yang tidak pernah merasa apa yang aku rasa, mereka mungkin tidak akan pernah faham apa yang aku lalui ini. Malah aku sudah lali dan terbiasa dengan kehidupan sebegini yang selalu bersendiri sehinggalah aku membuat keputusan untuk mengalah dan mendiamkan diri. Aku hanya memikirkan tentang masa depan anak-anak aku yang masih kecil dan belum tahu apa-apa tentang kehidupan. Aku terpaksa kuatkan semangatku demi anak-anak.
Tahun ini sudah genap tiga tahun ulangtahun perkahwinan kami, dan selama itu jugalah sudah 10 kali rumahtangga kami goyah. Aku pun tidak pasti di mana kesalahnnya kerana apa yang ku rasakan pada permulaan perkahwinan semuanya indah-indah belaka.
Apabila masuk sahaja tahun kedua, aku sudah melihat perubahan yang ketara pada suamiku. Dia sudah mula meletakkan kod rahsia pada telefon bimbitnya sehingga aku sendiripun tidak tahu tentang kod itu. Dalam masa yang sama Tuhan masih sahaja membantuku untuk menunjukkan kecurangan suamiku di belakang.
Aku mengambil kesempatan untuk memeriksa telefon bimbit milik suamiku ketika dia masih di bilik mandi. Aku mula ‘Hack’ telefon suamiku dan dengan izin Tuhan aku berjaya melakukannya dan melihat semua perbualan suamiku dengan seorang wanita. Apa yang paling menyakitkan hatiku, kandungan perbualan itu disertakan dengan panggilan ‘SAYANG’dan apa yang membuatkan hati aku remuk apabila suamiku sendiri menceritakan keburukan aku pada wanita itu.
Hati isteri mana yang tidak terluka dan sedih bila membaca perbualan suami dengan wanita lain. Suamiku sendiri sanggup kata yang aku ini berbau busuk, kulit gelap,kusam dan banyak lagi perkataan yang menguris hati ini.
Aku juga sudah nekad untuk mengambil semua gambar-gambar serta perbualan mereka dan tunjukkan kepada suami. Siapa yang tidak mengamuk jika dapat tahu suami berlaku curang di belakang dan selama dua tahun itu juga dia telah menipu aku bulat-bulat dan hubungannya dengan wanita itu juga sudah dua tahun juga.
“Suami Kata Aku Tak Berseri Lagi”
Walau apapun yang berlaku terhadap rumahtangga kami aku akan tetap berusaha untuk mempertahankannya demi anakku yang masih kecil. Apa yang aku khuatirkan anakku akan membesar tanpa kasih dan belaian seorang bapanya sendiri.
Sebelum ini juga aku sering sahaja membaca pelbagai-bagai jenis permasalahan rumahtangga orang lain dan aku juga beranggapan hubungan kami sebagai suami isteri tidak akan pernah bahagia seperti dahulu. Walau sering kali aku menafikan, ia bahkan seperti mimpi buruk yang telah menjadi kenyataan dan aku dan suami bergaduh besar pada malam itu.
“Kenapa abang sanggup buat macam ni kat saya?”
“Awak tengok je lah diri awak tu macam mana…isteri orang lain boleh je cantik-cantik. Pandai jaga diri..isteri sendiri pulak macam hantu kak limah! Malu saya nak keluar dengan awak ni.”
Jawapan yang keluar dari mulut suamiku yang selama ini aku harap dan impikan menjadi perlindung kepada isteri terlalu pedih untuk diterima. Malah ianya lebih terasa pedih berbanding sebilah pedang yang sangat tajam. Andai aku ikutkan kata hati ingin sahaja aku menuntut cerai darinya.
Andai sahaja dia meluahkan semua kekuranganku dari awal, aku mungkin akan berusaha untuk menjaga penampilanku deminya.Asakan dapat memikat kembali cintanya kepadaku seperti dahulu. Aku bernasib baik kerana mempunyai seorang kawan yang sangat memahami situasiku kerana dia pun pernah melalui perkara yang sama.
Selepas kejadian itu, aku telah meminta izin pada suamiku untuk pulang ke rumah ibu bapaku. Sampai sahaja di kampung aku telah menceritakan segalanya kepada ibu dan bapa tentang apa yang telah terjadi. Mereka juga menasihati aku untuk memuhasabah diri. Mungkin saja permasalahan ini berlaku berpunca dari aku juga.
Usai sahaja aku melahirkan anak aku terus tidak mengambil kira tentang penampilan diri sehingga suamiku sendiri berasa malu untuk keluar bersamaku. Apabila aku melihat kembali gambar-gambar lama dahulu memang jauh api dari panggang dengan yang sekarang. Dahulu aku dikatakan seorang yang cantik dan berseri.
Mula dari hari itu, aku mula tekad untuk mengubah semula penampilanku. Dari mengubah pakaian seperti ‘Mak cik-mak cik Bawang’ dan menjadi seperti trend masa kini. Bermacam-macam jenis majalah aku belek. Laman ‘Google’ juga telah seperti kawan baikku dan dari situ aku banyak belajar tentang tips-tips kecantikan untuk mengembalikan seri wajah.
Kawan aku juga turut mencadangkan aku supaya mengambil satu jenama kolagen jenis minuman. Pada mulanya aku berasa sangsi tapi jauh di lubuk hati apa salahnya jika aku mencuba intuk memikat semula hati suamiku.
Selama dua bulan aku mengamalkan minuman kolagen itu sebagai rutin harianku, akhirnya aku menampakan perubahan pada diriku apabila aku ula menyedari kulitku yang kusam dan gelap dulu kini semakin putih berseri. Suamiku juga menyedari perubahan yang ada pada diriku.
Suamiku menyesal dan dia juga menyesali kesalahannya. Misi memikat suami semakin mendatangkan hasil. Aku malah sentiasa memberikan layanan yang istimewa untuknya. Aku sentiasa menyediakan makan minum dan tak lupa juga penampilanku untuk si suami.
Disebalik kegembiraanku kini, tidak semudah itu aku dapat melupakan semua yang telah berlaku. Biarpun pahit untukku telan tapi aku harus menerima semua kata maaf darinya. Sekarang hubunganku dengan suami juga sudah semakin mesra dan bahagia. Apa yang mampu aku nasihatkan untuk wanita-wanita di luar sana, jika suami berlaku curang, kita seharusnya lihat apa kekurangan kita sehingga suami melakukan perkara sedemian.
Jagalan penampilan diri khas untuk suami. Sampai sekarang aku masih lagi mengamalkan minuman kolagen yang telah disyorkan oleh kawan baiku sendiri. Jenama minuman kolagen itu ialah Sophie Pure Marine Collagen yang boleh mencerahkan kulit dan menghakiskan kulit kusam dan tidak bermaya.
Jagalah hubungan rumahtangga selagi belum terjadi perkara yang kita tidak inginkan berlaku. Sentisalah jaga kebersihan dan kecantikan diri. Suami tidak akan pernah terdetik untuk cari yang lain jika kita sentiasa kelihatan menawan di mata mereka.
Sumber: Sehinggit.blogspot.my
The post Akibat Tidak Menjaga Penampilan Setelah Melahirkan Anak, Suamiku Cari Wanita Lain appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Akibat Tidak Menjaga Penampilan Setelah Melahirkan Anak, Suamiku Cari Wanita Lain